Jun 2, 2008

Choice of Antimicrobials..

Antimicrobials contraindicated in Children & baby

1. Sulphonamide -------> Kernicterus in newborn
2. Tetracycline
---------> Teeth discoloration & bone deformity 
3. Chloramphenicol
---> Grey-baby syndrome
4. Quinolones
----------> arthropathy ( never used if <18>



In pregnancy

1. Penicillin
2. Cephalosporin
3. Erythromycin --->
especially if the previous are contraindicated or there is urogenital
     chlamydial infection



In gonorrhea

1. Penicillin
2. Ceftiaxone
(single dose)
3. Quinolones
( Ofloxacin & Levofloxacin )
4. Spectinomycin
( single dose )



Urinary Tract Infections

1. Co-Trimoxazole (sulfamethoxazole 400mg + Trimethoprim 80mg)
2. Norfloxacin
3. Amoxicillin
4. Rifampicin


*** UTI : usually caused by Gram -ve bacilli.



Typhoid Fever

1. Amoxicillin
2. Ciprofloxacin
3. Co-trimoxazole
4. Chloramphenicol
(before Ciprofloxacin introduced, not preferred now)
5. Ceftriaxone
(in resistant cases)



Biliary tract infection

1. Cefoperazone
2. Ceftriaxone
3. Doxycycline
4. Rifampicin


*** They're excreted in bile



In Brucellosis

1. Drug of choice : Doxycycline + Rifampicin/Aminoglycosides
2. Alternatives : Chloramphenicol + Aminoglycosides/Co-trimoxazole



In meningitis (as they cross BBB)

1. 3rd & 4th generation Cephalosporin
2. Chloramphenicol
3. Penicillin
-----> crosses BBB only when meninges is inflammed
4. Rifampicin
-----> prophylaxis



For Gram -ve, especially Pseudomonas

1. Carbenicillin, Ticarcillin
2. Ceftriaxone, Cefoperazone, Cefipime ( 3rd & 4th gen Cephalosporin)
3. Quinolones
4. Aztreonam, Imipenem
5. Aminoglycosides



Anerobic infections

1. Clindamycin
2. Cefoxitin
3. Chloramphenicol
4. Imipenem
5. Metronidazole ----> also effective as tissue amebicides, eradicating trophozoites but not the
    cysts. Also, against T.vaginalis, G.lamblia...... also used in therapy of peptic ulcer caused by
    H.pylori.



Bacterial endocarditis

Gentamycin + Penicillin (or Vancomycin)



MRSA & ORSA

1. Vancomycin
2. Rifampicin




Bone infections

1. Cloxacillin  & other penicillinase resistant penicillin
2. Clindamycin
3. Cefazolin, cefoperazone, ceftriaxone
4. Ciprofloxacin
5. Gentamycin, Tobramycin
6. Vancomycin
7. Tobramycin



For penicillinase-producing Staph

1. Cloxacillin & other penicillinase resistant penicillin
2. Cephalosporin
3. Clindamycin
4. Co-Trimoxazole
5. Ciprofloxacin or other Quinolones
6. Erythromycin




Drug-induced Pseudomembranous Colitis

Treatment :
1. Vancomycin
2. Metronidazole
3. Cholestyramine
----> to bind toxin.

***** Causes <------ Clindamycin & broad spectrum antibiotic            
Important drug interactions

1. Enzyme inhibitor : Erythromycin, Chloramphenicol, Quinolones, Isoniazid (INH)
2. Enyme inducer : Rifampicin
3. Tetracycline & Erythromycin -----> increase risk of Digoxin toxicity.



Reference : Lecture Notes in Pharmacology by Professors of Pharmacology, Ain Shams School of Medicine, Cairo.

May 1, 2008

Mungkin pahit, tetapi ada sesuatu

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu memberi manfaat kepada orang lain. Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu amat berguna bagi orang2 mukmin. Manfaat peringatan yang teramat besar nilainya, yang berupaya menjadikan ibu penggoncang dunia, anak syuhada ternama, si jahil menjadi pendeta.


Peringatan = teguran. Mungkin ia keras, mungkin lembut, mungkin tersurat, mungkin tersirat, bergantung kepada siapa yang kita jadikan sasaran untuk memancar peringatan itu. Lakukannya dengan berhikmah dan bijaksana.


Apabila sahabat kita terleka, dikala kita sedang mendapat cahaya, berilah peringatan. Gunakan bahasa yang sopan lagi elok. Apa yang melekakan?? Mungkin si sahabat terlalu suka membuang masa berbicara tentang suatu yang tiada kepastian (gossip, etc), jua memakan daging-daging halimunan dengan gelojohnya (i.e. seronok ngompat). Tegurlah si sahabat itu. Mengapa perlu takut?? Tetapi, kaedahnya perlu sesuai dengan si sahabat.


Apa yang mungkin si sahabat akan katakan : "Kamu siapa? Kamu tiada autoriti..." Ingatlah kebenaran itu selalunya pahit. Namun yang pahit itu selalunya penawar. Langkah yang ke seribu bermula dengan yang pertama. Kejayaan itu indah tetapi bermula dengan segala kesulitan yang selalu mengundang kesedihan. Tiada jalan pintas di situ.


Namun jika kita pula yang terleka, dan diberikan peringatan : Ya, memang pahit untuk kita mendengar dan menerimanya. Kebenaran selalunya pahit. Telan kepahitan itu lantaran pada kepahitan itu ada sesuatu. Sesuatu yang berguna. Ambil iktibar ambil teladan. Perbaiki diri yang selalu lupa dan mungkir terhadap-Nya. Daripada lemon yang sangat masam, bukan mustahil untuk menjadi minuman yang manis.


Perlu diingat, bahawa kekuatan mentaliti jua antara kekuatan hakiki dalam memberi manfaat kepada orang lain. Lupakan segala kebaikanmu terhadap orang lain, tetapi ingatlah segala kebaikan orang lain terhadapmu. Lupakan segala keburukan orang lain terhadapmu, tetapi ingatlah keburukan yang kau lakukan terhadap orang lain. Berpeganglah pada mentaliti ini. Kebaikan = memberi nasihat yang baik + amal kebajikan.


Sekadar peringatan buat diriku dan dirimu yang selalu terlupa....



Apr 1, 2008

Iktibar daripada Syai Bil Haleb.....

Sejak menjadi medical student, saya menjadi peminum Syai (tea) yang kronik. Entah apa faktornya, mungkin lantaran Milo tiada di sini. Kebetulan pula masyarakat Arab sangat suka meminum Syai walaupun di bawah pancaran cahaya matahari pada musim panas.

Semalam, ketika saya terfikir untuk menulis entri ini, saya sedang menikmati Syai Bil Haleb (=teh susu) di ahwah (=kedai minuman) berdekatan rumah saya. Memang ahwah ini merupakan ahwah kegemaran kami; sama ada untuk menonton match bola, study ataupun sekadar melepak untuk minum petang. Apa yang menarik adalah rasa Syai bil halebnya yang jauh lebih sedap berbanding dengan ahwah yang lain. Cuma apa yang typical bagi kebanyakan ahwah di Cairo, Segelas Air mesti dihidangkan dihidangkan menemani Syai Bil Haleb ini. Faedahnya mungkin untuk deal dengan Osmotic Pressure yang terubah dek Syai bil Haleb ini.

Namun dari satu segi apa yang menarik adalah tentang iktibar daripada Syai bil haleb ini. Di sebalik pembuatannya yang simple tetapi kadang2 rumit itu tersimpan akan iktibar yang perlu dijadikan pengararan.

Umumnya, dalam Syai bil haleb itu wujud TEAM WORK yang bagus.
Team ini terdiri daripada Air, gula, teh, susu/creamer dan kadang2 ais. Kalau tidak wujud salah satu (kecuali ais) tidak akan menghasilkan syai bil haleb. Mungkin Syai biasa saja.
Dari satu segi, kalau salah satu daripada komponen itu terlebih, tidak akan menghasilkan kelazatan yang diidamkan. Contoh; terlebih gula= terlalu manis. Air terlebih = terlalu cair.

Maka, iktibar yang dimaksudkan amat jelas. Work as a team. Pinggirkan sikap nafsi-nafsi. Bekerjalah untuk kebaikan bersama, bukan untuk menunjukkan siapa yang paling power. Jika ini berlaku, jadilah kita seperti Syai bil haleb yang cair atau terlalu manis itu. Gula yang terlalu banyak telah menjejaskan kualiti syai bil haleb tersebut.
Team di sini boleh juga merujuk kepada komuniti kita. Setiap diri kita bertanggungjawab untuk menjaga sahabat-sahabat di sekeliling kita.

Tiada manfaatnya jika di dalam komuniti kita terdapat seorang yang hebat yang tidak pernah berusaha menjadikan sahabatnya hebat. Tiada manfaatnya jika di dalam komuniti kita terdapat seorang yang hebat tetapi sahabat2nya yang lain tidak berusaha untuk menjadi hebat sepertinya. Tolong menolonglah ke arah kebajikan dan ketaqwaan bukan terhadap dosa dan permusuhan. Allahu a3lam.





Jul 23, 2007

Ke mana hilangnya....

Bismillahirrahmanirrahim.

P

Telah dinukilkan di dalam sebuah syair Imam Asy Syafi'i Rahimahullah;
"Aku mengadu kepada Waqi' akan betapa buruknya hafalanku, maka
beliau menyuruhku untuk meninggalkan maksiat. Dan beliau jua
mengatakan kepadaku bahawa Ilmu itu adalah nur, dan nur Allah
tidak akan datang kepada orang yang melakukan maksiat"
Diterangkan dalam syair tersebut betapa Imam Syafii yang
merasakan hafalan beliau sangat lemah, lantas beliau
mengadukan hal tersebut kepada gurunya Imam Waqi'.
Kemudian, imam Waqi' memintanya meninggalkan maksiat.

Kembali ke situasi kita; Kita baca (dgr kuliah),kita faham dan kita
ingat dan kemudian kita lupa... Ke manakah ilmu itu menghilang??
Mengapa & bagaimana ia boleh hilang???
Ketepikan dahulu soal cara study walupun ini antara penyumbang
besar kepada kekuatan memori. Jangan lupa bahawa hubungan
dengan Allah tidak pernah menafikan akan peranannya dalam apa
jua keadaan. Kita hamba-Nya, maka kita tertakluk kepada - Nya.

Banyak manakah maksiat yang telah kita lakukan? Mungkin
kita tidak minum arak mahupun berzina, tetapi jika kita masih
istiqamah dalam mengumpat, apakah itu bukan maksiat?
Menyakiti hati kawan bukan salah satu daripada maksiat?

Itu yang melibatkan manusia lain, dengan diri sendiri bagaimana ??
Di hadapan internet bagaikan antara syurga dan neraka.....
yang mana satukah yang kita pilih??

Di khalayak ramai, siapa yang suka kita perhatikan?
Yang tak cukup kain itukah? atau yang sarung nangka atau keduanya??

Marilah kita muhasabah diri kita. Jangan maksiat menjejaskan
ingatan kita terhadap ilmu Allah. Apa yang kita sedang pelajari
adalah ilmu milik Allah, jika diabaikan tatacaranya, bagaimana bisa
kita menghafalnya(mengingatinya)??

Kadangkala kita merintih apa yang dihajati sukar dikecapi, maka
sila 'consider' peratus maksiat yang kita lakukan di samping kaedah
yang kita gunakan.


JOM TINGGALKAN MAKSIAT,,,KUATKAN MEMORI UMAT ISLAM AGAR
UMAT ISLAM BOLEH MAJU DAN BERSAING DENGAN KUFFAR!!!

Jun 14, 2007

Yang sedikit itu........

Bismillahirrahmanirrahim.

KENAPA SEDIKIT

Di dalam Tafsir Al Azhar karangan Hamka, telah dinukilkan satu kisah menarik.
Pada suatu hari, Saidina Umar Al Khattab telah terdengar seorang lelaki membaca doa
di hadapan Ka'abah. Lelaki itu berdoa : " Ya Allah, jadikanlah diriku tergolong daripada
golongan yang sedikit."
Lalu saidina Umar berasa hairan mendengar doa tersebut lalu beliau pun bertanya kepada lelaki itu, "Mengapa kamu berdoa sebegitu?"
Kemudian lelaki itu pun menjawab, "Bukankah Allah berfirman di dalam Al-Quran, Saba':13

".....dan sedikit daripada kalangan hamba-Ku yang bersyukur."

Lantas, umar berkata, "Wahai Umar, semua orang lebih alim darimu"

CHOOSE THE MOST ACCURATE ANSWER

Dalam ayat dan cerita tadi jelas membuktikan betapa sedikitnya orang yang bersyukur.
'Al-Qala il' yang termaktub dalam Kitabullah : adakah kita tergolong di dalamnya??
i.e. Adakah kita merupakan hamba yang bersyukur??

Adakah kita....
a) Kita sudah tahu kita tidak tergolong di dalamnya ATAU
b) Kita tahu bahawa kita tergolong di dalamnya ATAU
c) Kita tidak tahu kita tergolong atau tidak di dalamnya ATAU
d) Kita sekadar merasakan kita tergolong di dalamnya ATAU
e) Kita yakin kita berada di dalamnya ATAU
f) Kita yakin & sedar kita bukan dalam golongan itu dan berpuas hati
setakat itu ATAU
g) Kita yakin & sedar kita bukan golongan itu dan terus mencuba untuk
menjadi sebahagian daripadanya ATAU
h) Kita sedar dan yakin bahawa kita bukan dalam golongan itu, dan sedar dan
tahu akan kepentingan untuk mencuba dan berusaha untuk menjadi
sebahagian daripadanya, jua sedar kita memiliki kemampuan untuk
ke arahnya, tetapi kita tidak risau malahan tidak berbuat
apa-apa untuk mencapainya.

Berdasarkan kriteria di atas, di manakah kita? Fikir2 dan renung2kan....

NIKMAT YANG INFINITI


'Countless'. Di dalam Surah Ibrahim: 34 "Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya." Mesej ayat ini cukup jelas menyatakan tentang nikmat
yang 'countless' yang Allah berikan terhadap kita. Lantas, syukur perlu menyusul. Ingatlah, kita
hanyalah sekadar hamba. Jika seseorang diberikan sesuatu yang berharga, sudah sepatutnya
dia berterima kasih kepada si pemberi tersebut....
Jika perlu sekalipun untuk dikemukakan apakah alasan untuk kita bersyukur, pada tubuh
badan kita sendiri pun sudah cukup untuk menjelaskan LEBIH DARIPADA SEKADAR
INFINITI..


FI AHSANI TAQWIM

Surah At-Tin ayat 4 menjelaskan kita adalah sebaik-baik kejadian ; satu lagi 'point' untuk kita melahirkan rasa kesyukuran terhadapnya. Kita istimewa.
Kejadian otak kita sendiri pun sudah cukup untuk menjadi satu saksi tentang nikmat Allah yang tidak terkira ini. Kejadiannya yang sangat kompleks menjadikan bidang Neurology dan Neurosurgery adalah antara bidang yang paling susah di dalam bidang perubatan.
Antara bahagian otak yang paling jelas fungsinya adalah 'Primary Motor Area' yang penting untuk pergerakan yang 'skillful' bagi otot-otot di bahagian tangan dan kaki (distal limb) pada bahagian sebelah badan yang bertentangan (contralateral). Maksudnya; otak kanan kawal
tangan dan kaki kiri dan sebaliknya. Bayangkanlah bagaimana bahagian otak yang sekecil itu mampu untuk mengawal pergerakan yang 'skillful' untuk 'distal limb' kita?
Pernahkah kita bersyukur untuk perkara ini??

Berkaitan dengan otak, senarnya para 'Neurophysiologists' sendiri masih menghadapi
masalah untuk menjelaskan bagaimana otak kita berfungsi. Namun apa yang pasti, otak sememangnya berperanan penting untuk 'sensory function' (keupayaan kita untuk mengesan rangsangan) dan 'motor function'(pergerakan otot-otot) di samping 'higher fuctions' untuk tujuan intelektual, emosi dan pemikiran yang banyak membezakan kita dengan haiwan.

Kebanyakan penemuan yg dilakukan hanyalah sekadar teori. Masih terdapat bahagian otak
yang belum diketahui fungsinya. Pengarang buku teks Medical Physiology yang terkenal, Arthur C. Guyton MD dalam bukunya 'Textbook of Medical Physiology' ketika mengulas tentang fungsi 'Basal Ganglia' turut mengakui akan kebingungan para neurophysiologists tentang fungsi 'basal ganglia'. Walaupun dalam buku teks tersebut itu dinukilkan bahawa 'Basal Ganglia' adalah penting utk 'execution of Motor Pattern' melalui "Putamen Circuit" (Litar Putamen) dan untuk 'cognitive control of sequences of motor pattern' melalui "Caudate Circuit", namun pada akhir subtopik tersebut beliau menyatakan;

" However, our understanding of function of the basal ganglia is still so imprecise that much of what conjectured in the last few sections is analytical deduction rather than a proven fact."

Inilah satu bukti yang menunjukkan bahawa betapa besarnya nikmat Allah itu sehinggakan kita sendiri masih belum mampu mengenal pasti fungsi sebenar organ terpenting kita, di mana terletaknya akal... Hal ini jelas sebagai satu gesaan untuk kita berasa kagum terhadap kekuasaan Allah dan terus berterima kasih terhadapnya. Subhanallah...
Apakah alasan untuk tidak bersyukur????

SALAHGUNA NIKMAT

Ini adalah krisis terbesar kita.

Mata kita untuk apa? Tapi apakah yang kita lihat
Mulut kita pula bagaimana? Mulut kita selalu berfungsi sebagai apa? Mesin Zikrullah atau Mesin Mengumpat?
Kaki kita untuk apa? Tapi ke mana pula kita hayunkannya?


APABILA HILANG BARU KAN TERASA

Sebelum 'exam', kita 'mungkin' mempunyai banyak masa yang terluang untuk mengulangkaji pelajaran. Namun apabila tiba musim 'exam', nikmat tersebut telahpun hilang...Ketika itulah barulah nikmat masa itu terlalu dihargai.

Semasa sakit, barulah terasa nikmat sihat. Walhal semasa sihat, 'lifestyle' tidak dijaga... 'Dietary habit' yang salah pula yang diamalkan. Semua makanan yang tidak berkhasiat yang merosakkan badan itulah yang jadi sajian yang paling kerap..

Itulah ragam manusia...Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan, nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang di dalam genggaman....


JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR




Ucaplah Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah...

Imam Abu Abdul Rahman as Salmi berkata, " Solat ialah syukur, puasa ialah syukur, dan kesemua kebaikan yang diajar oleh Allah adalah syukur. Sebaik-baik syukur adalah pujian terhadap Allah.
Imam Muhammad bin Ka'ab al Qarzi pula berkata, "Syukur ialah bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal soleh"

Rasa berterima kasih adalah satu bentuk emotional expression yang positif. Hal ini akan menjadi 'lebih positif' apabila terima kasih itu adalah untuk Allah Taala. Keimanan dan ketaqwaan kitalah yang menyumbang kepada hadirnya emosi yang positif. Tanpa iman dan taqwa, kesyukuran tidak akan terjana.
Dari satu aspek yang lain pula, semakin kuat iman dan taqwa, semakin kuat rasa syukur terhadap-Nya. Keadaan inilah yang akan membawa kepada emosi yang stabil yang akan memastikan setiap sistem badan kita berfungsi dengan baik dan seterusnya menjana kesihatan yang baik.

Emosi yang stabil adalah dikaitkan dengan kurangnya glucocorticoid (cortisol) dalam darah. Jika hormon ini tinggi dalam darah seperti dalam keadaan stress, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah lantaran fungsinya yang 'permissive' terhadap cotecholamines yang merangsang sympathetic nervous system. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti pada metabolism dan kandungan gula dalam darah. Sistem Saraf dan Kardivaskular juga mungkin terjejas. Beberapa sistem lain juga turut terjejas.

Dari segi lisan dan perbuatan pula, kita pula perlulah menunjukkan kesyukuran kita terhadap nikmat pemberian Allah. Janganlah disalahgunakan. Mata, telinga, tangan, kaki, kesihatan yang baik, masa lapang dan sebagainya.

Semua Nikmat hanyalah sementara.
Ingatlah bahawa nikmat mungkin mendekatkan mungkin menjauhkan kita daripada Allah.
Hargailah nikmat Allah Taala. Semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan yang sedikit itu.....

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memaklumkan, "jika kamu bersyukur nescaya
akan Kami tambahkan nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Allah)
maka sesungguhnya azabku sangat pedih"
Surah Ibrahim : 4


Rujukan :
Tips2 cemerlang drp alquran - Dr Danial Zainal
Textbook of Medical physiology - Guyton & Hall
Medical Physiology : Endocrine & Reproduction - Magdi Sabry
Neuroanatomy - Kariman
Islamic Etiquette