Feb 14, 2009

KALAU SI DIA MENANGIS???



Kanan bertanya. Kiri pun. Depan dan belakang jua begitu. Bertanya dalam nada yang kadangkala interpretasinya hanyalah sebagai suatu gurau senda dan lawak jenaka, walaupun kadangkala bersifat sebaliknya, yang perlu kepada respon yang memerlukan bicara yang luar biasa. Persoalan "SATU-DUA-TIGA-EMPAT" yang dipopularkan oleh Nujum Pak Belalang itu memang menjadi lumrah di kala usia sebegini atau bak kata seorang sahabat, di kala 'hormone rush period' ini. Pertanyaan ini acapkali sukar untuk dijawab dengan jelas, atau sesetengahnya lebih suka untuk berkata 'biarlah ia menjadi rahsia'. Mungkin lebih sukar apabila jawapan itu perlu dizahirkan kepada insan yang kita berikan sepenuh ketaatan selepas Allah dan Rasul, atau kalaupun tidak betul tetapi mungkin, kepada bunga itu sendiri.
Sesungguhnya 'Mendirikan masjid' ataupun sekurang-kurangnya, 'membina jalan ke masjid' itu tidak semudah menelan kopi yang pahit yang masih boleh diatasi dengan gula dan susu, tetapi ia adalah soal masa depan umat kita ini, untuk kita menyumbang kepada pembentukan masyarakat Rabbani. 'Bahan binaan' jenis apa juga bukanlah seperti memilih sama ada teh tarik atau teh limau. Ia soal sikap yang sudahkah atau belum kita terpimpin oleh ajaran Rasulullah, soal luas atau tidaknya ruang lingkup pemikiran, serta kematangan berfikir itu sendiri. Memandangkan perkahwinan itu berhajat kepada sikap 'memberi', maka persediaan ke arah itu sewajarnya bukanlah yang biasa-biasa, tetapi yang luar biasa.

IKUT-IKUTAN atau KEHENDAK NAFSU atau SATU KEPERLUAN?

Toleh kanan dan kiri, depan dan belakang pun, semuanya sedang giat 'membuat jalan ke masjid'. Mungkin ada sesetengah yang berbisik kepada hati, "aku bila lagi? fitrah mungkin sudah besar panjangg taringnya.
Apapun, perlu diingat bahawa agak cacat jalinan percintaan yang timbul lantaran ikut-ikutan, bukan atas hakikat bahawa perasaan murni itu hadir di dalam jiwa tanpa dipaksa.

Dari aspek yang lain,
di sana juga bertenggek nafsu yang selalu menggadai iman manusia. Kalau jalinan itu timbul hanya kerana dorongan nafsu semata-mata, ulang sekali lagi, semata-mata, kononnya menyambut seruan 'hormone rush' itu, sukar untuk diramalkan akan destinasi cinta yang terbina itu.
Tetapi berbeza pula halnya jika jalinan itu telah mencapai tahap sebagai satu keperluan untuk menikmati keimanan hakiki dan telah wujud persediaan rapi serta ibu bapa dan "bakal ibu bapa" merestui, mengapa perlu dilambatkan perkara yang boleh membawa ke syurga ini??

Mencari teman hati itu juga sesungguhnya berhajat kepada betapa sedianya hati dan akal kita ini menerima tanggungjawab menjaga dan mendidik si dia daripada walinya, serta menerima hakikat bahawa dia adalah pelengkap dan pendorong kita kepada Tuhan. Ada 'top-up' di situ.


KALAU DIA MENANGIS?


Tafsiran menangis itu bukan yang biasa-biasa.

Dari satu segi, memang membimbangkan kalau-kalau dia menangis. Menangis lantaran kasih terhadapnya sudah menonjol pasang surutnya, jika dahulu nilaiannya laksana permata tetapi kini tinggal kaca. Bimbang juga jika dia menangis lantaran diri ini terbukti tidak membawanya kepada Allah, diri ini alpa dengan perangkap syaitan di dunia hingga melupakan dia sebagai pelengkap dan penasihat kepada diri.

Dari satu segi lagi, memang hati sangat-sangat menginginkan dia menangis. Menangis kerana manusia selalu sombong untuk menangis. Menangis ketika dia menjadi makmum ketika ibadah di pertiga malam. Bersama-sama menyimbah api neraka serta memohon ampun, taufiq dan hidayah kepada Allah, dengan harapan agar zuriat yang lahir nanti adalah mereka yang senantiasa takutkan Allah.

Cuma, apakah sudah mampu diri ini bakal menjadikan kami sehebat itu? Apakah di dalam diri ini sudah timbul kekuatan sebegini sebagai jaminan bahawa nilaian kasih sayang terhadap ratu hati itu tiada pasang surutnya, malah kekal hingga ke syurga??

Maka berdoalah. Mohon petunjuk Tuhan. Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah. Kita lah yang miskin lagi kerdil.

PERSOALAN POKOK

Berdasarkan justifikasi tadi, suka saya bertanya kepada diri (dan anda juga); "Sudah punya akan persediaan yang luar biasa untuk hal itu??"
Sukar untuk saya menjawab walau untuk diperdengar kepada hati dan nurani sendiri. Tentulah lebih sukar apabila bapa atau mama yang bertanya akan hal ini....... haha........
Apapun, inilah bukti kekerdilan diri, sekadar hamba yang tidak tahu apa yang lebih baik untuk diri. Atas sebab itulah, kita digalakkan untuk selalu melakukan solat Istikharah.



BELA DIRI

Bukanlah entri ini ditulis untuk "memberitakan sesuatu". Bukanlah semestinya isi tulisan ini menggambarkan bahawa saya "sudah ada kawan" atau ingin "upgrade" mana-mana kawan.
Apapun biarlah soal cinta hati ini menjadi rahsia..... haha [ni ayat spekulasi ni]

Sebenarnya, entri ini ditulis tidak lebih dari sekadar tercuit untuk berbicara soal yang menjadi buah mulut rakan-rakan, dengan tujuan memberi peringatan untuk diri kita yang sering lupa, agar tidak terus menerus lupa, leka dan alpa.......


---------------------------
Diedit dan diposkan semula.

Dec 29, 2008

ALLAH itu untuk exam sahaja???


Memang manusia mudah lupa. Cepat lupa akan nikmat pemberian Allah, biarpun peringatan agung telah diberikan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Bukannya tidak tahu, tahu. Tetapi manusia itu pelupa dan buat-buat lupa, kecuali bagi mereka yang selalu mengambil peringatan.

Mungkin kau sudah mula jauh daripada Allah kerana kau memang seakan-akan mengingat Allah itu secara 'periodical'. Apabila kau senang seperti sekarang, bukanlah ku katakan kau melupai-Nya tetapi kau kurang mengingati-Nya.

Lupakah kau akan zaman kesusahanmu dahulu? Mungkin perlu ku peringat tentang kegagalanmu dahulu. Masihkah kau ingat di kala sahabat-sahabatmu semuanya 'lepas' dan engkau terpaksa menduduki peperiksaan 'dur tani' ?
Tangisanmu apabila menghadapi kegagalan pertama juga; mungkin sudah kau lupa. Betapa ketika itu engkau sudah tidak bersemangat dan hopeless juga kau sudah lupa,, sehinggakan kau terpaksa kembali ke laman ayah bonda untuk kau betulkan langkahmu yang sudah mula tersasar....

Kemudian kau kembali ke medan perjuanganmu dengan 'new charge' special dari ayah dan ibumu. Ketika itu 'harga' air matamu terlalu murah,,, di jual murah kerana bersungguh meminta belas daripada Dia Yang Maha Pemberi Nikmat. Memohon nikmat kejayaan dari Yang Maha Kuasa.
Kau juga adalah budak yang sangat cemerlang pada ketika itu. Very Hardworking. Very Smart. Dahimu agak kerap 'menyentuh' lantai. Dalam doamu selalu juga kau lafazkan begini;

"...... ...Ya Allah, sekiranya Engkau mentakdirkan aku berjaya dalam exam kali ini, maka kau jadikanlah aku daripada kalangan hamba-Mu yang bersyukur......"

Apabila keputusan diumumkan, alhamdulillah, ENGKAU BERJAYA. Pada hari itu juga secara rasminya kau telah menjadi pelajar Tahun Empat (baca: ko skang taun brp?).... Itulah pertama kali engkau menyambut kejayaan dengan linangan air mata.. Mungkin lantaran keperitan itu pertama kali engkau rasa.


Tapi, itu cerita dulu-dulu.

Sekarang sudah hampir empat bulan kau berada di tahun pengajian yang baru ini. Namun, akhlakmu dan pengurusan hidupmu tidak ubah seperti mana akhlakmu yang menyebabkan kau menempa kegagalan pada tahun lepas.

Kau seperti TIDAK BERSYUKUR dengan kejayaanmu melangkah ke tahun akademik yang baru ini. Sepatutnya dengan keperitan yang kau telah rasai itu memaksa engkau untuk terus berdamping secara serius dengan buku-buku, kuliah dan tutorial perubatan, bersemangat 100% menghadiri kelas clinical, dan bukan menunjukkan reaksi 'allergic' terhadapnya. Pengurusan masamu pada kali ini juga FAIL!!!!!. Berapa banyak masamu yang kau habiskan untuk tidur?? Melakukan perkara yang sia-sia?? Jangan kau ingat inilah masanya untuk kau membalas 'dendam' setelah 'nikmat cuti summer'mu kau terpaksa gunakannya sebagai 'azab' untuk kau berada di takuk ini.


Yang terpenting, keakrabanmu dengan Allah. Apakah engkau semakin akrab? atau semakin menjauhinya. Ke mana perginya tangisan-tangisanmu itu dahulu? Di manakah amalan-amalan baikmu yang kau amalkan dahulu? Dahulu engkau menjaga perkataanmu,, namun sekarang tidak.... Dulu kau selalu ingat akan ayah dan ibumu serta kesengsaraan umatmu,, tapi sekarang??

Mungkin kau sudah ada sedikit improvement sekarang. Tapi pasti kerana exam makin hampir bukan?? Apakah engkau menganggap ALLAH itu untuk EXAM sahaja? Mampu kah kau peroleh keredhaan Allah dengan sedikit keakraban dengan-Nya pada waktu exam sahaja??

Sekiranya belakangan ini engkau kerap berasa tidak tenang, seperti ada sesuatu yang tidak kena, maka inilah jawabnya. Kau terlupa terleka dan alpa dengan dunia. Kau mungkin mula menjauhi-Nya, dan mengikut telunjuk syaitan...

Sempena tahun baru ini, dekatkanlah dirimu dengan-Nya, berdamping dengan-Nya, serta menangislah kerana-Nya lantaran manusia selalu sombong untuk menangis.

Jika engkau enggan, hadapilah kegagalan yang baru, dan tiada ucapan "good luck" untuk itu...




PERINGATAN BUAT DIRIKU DAN DIRIMU YANG SERING LUPA.....

Nov 3, 2008

Tapi, Allah suka.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ku bawakan 4 masalah sebagai tatapan kali ini.

MASALAH 1 :
Anda sedang berada di dalam sebuah bas. Sedang duduk dengan selesa. Tiba-tiba bas tersebut berhenti seketika, dan menerima ketibaan seorang penumpang baru, seorang wanita yang agak berumur. 50-an mungkin. Memandangkan semua kerusi sudah diduduki, beliau terpaksa berdiri. Secara kebetulan, di sebelah anda. Kebetulan juga, anda baru sahaja menaiki bas tersebut beberapa minit sebelum beliau. Ditakdirkan pula, anda sedang letih 'giler'. Hati tergerak untuk terus duduk tanpa mempedulikan makcik tersebut.
"Pehal la makcik ni bdiri kat sblah aku, mesti nak duduk la ni." ....... "Haih, baru duduk kejap je pun dah ade orang nak amik alih"......."Tak kan la aku yang nak bangun pulak kot. Orang lain lah pulak"........ Timbul dilema.



MASALAH 2:
Anda terjaga selepas pada pukul 8.15 pagi selepas tidur 'sesi kedua' selepas Subuh. Kelas anda akan bermula pada pukul 9 pagi, iaitu dalam masa 45 minit lagi. Namun, anda masih terlalu berselera untuk tidur. Tidur memang menyeronokkan. Tapi ada pula tanggungjawab kepada umat pada pukul 9 yang "kacau daun." Tolong diri atau tolong umat atau keduanya? Timbul dilema.


MASALAH 3:
Sahabat anda terlalu banyak menghabiskan masa menonton Movies pada masa yang sepatutnya lebih sesuai untuk dijadikan masa belajar. Ingin ditegur, risau akan serangan balas. Ingin dibiarkan, anda juga menjadi penyumbang kepada kemusnahan masa depannya. Dilema ketiga.


MASALAH 4:
Anda terjaga pada awal Subuh setiap hari. Ketika azan subuh berkumandang itulah waktu bangkit anda. Anda berpeluang untuk menikmati kesegaran waktu subuh, serta berjamaah di masjid. Namun, rakan serumah anda pula selalu tewas untuk bersolat subuh pada awal waktu. JIka anda mengejutkan mereka, pun pasti enggan untuk bangkit. Perlukah kejutkan setiap hari? Tampak seperti membuang masa dan sia-sia lantaran kadangkala mendapat 'unwanted feedback'... Timbul dilema keempat.



PENYELESAIAN:

Banyak yang manusia benci, tetapi Allah suka.
Banyak juga yang manusia suka, tapi Allah benci.

Kita hanya sekadar hamba. Diciptakan untuk beribadat kepada-Nya. Oleh itu, buat apa yang DIA suka. Kenapa perlu pedulikan manusia si lemah itu berbanding Allah Yang Maha Perkasa???.
Perjuangan manusia selalu dihalang oleh syaitan bertopengkan manusia. Dan mugkin juga pada ketika ini, kita sedang memakai topeng itu... Topeng itu Batasan!!!! Kita wajib menerobosinya!!!



Jika kalian sudah faham akan konsep ini, maka tidak perlu untuk ku khabarkan kepada kalian akan jawapan kepada keempat-empat dilema yang ku bentangkan tadi.
Kalian memang sudah tahu jawapannya. Muhasabahlah.....


"Inilah peringatan untuk diriku dan dirimu yang sering lupa"


Oct 27, 2008

New academic year..... a new challenge....

Salam Aidilfitri....

Still not too late to wish "Selamat hari raya aidilfitri Maaf Zahir Baten" ..... I am so sorry for turning my blog to the 'quiescent stage' temporarily, as I had been in Malaysia since 20th Sept till 15th October, ( a period at which I was deprived of Internet Connection; umah aku xleh psg tenet la... technical nye masalah) and was a little bit busy upon returning to Cairo...
I really enjoyed the 'unofficial' holiday,, bkn selalu jumpa kaluarga bah.....

Hari Raya Pertama 2008


Alhamdulillah, i'm right now in the fourth year, with Community Medicine preceeding the other 3 subjects (ENT, Forensic&Toxicology, Ophtalmology)... Of course this new academic year 'provides' a new version of challenge, the version that I have to be familiarized with as soon as possible unless I decided to face another version failure. I had failed once and I'll try not to face it again......

I had never failed before, and I felt useless and hopeless when facing the first failure..... Alhamdulillah, after struggling and crying (there were some changes in my personality during that critical period) , with support from my parents and friends, I survived my third year.......

Reminiscing the 'critical period' always makes me close to tears...... But I've learnt something.... Something that is really useful... Betullah, setiap yg berlaku ada hikmahnya.. ALLAH knows best!!

JPA bagi aku 6 tahun 4 bulan je utk dapat MBBCh, so aku akan pastikan genap 6 tahun 4 bulan JPA anta aku kat mesir ni,
aku akan jadi,,,

DR MOHAMMAD IZWAN MOHD ISA,
MBBCh (Ain Shams)












Peringatan untuk diriku dan dirimu yang sering lupa

Sep 18, 2008

Alhamdulillah....

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala yang Maha Pemurah terhadap hamba-hamba Nya. Alhamdulillah, mulai hari ini, aku adalah Pelajar Tahun Empat di Fakulti Perubatan, Universiti Ain Shams, Kaherah.

Aku amat berharap agar dengan kejayaan yang ku miliki pada hari ini sebagai salah satu daripada tiket-tiket ku menjadi semakin dekat kepada Allah.

Aku berharap, dengan kejayaan ini, hati ini menjadi semakin suci dan bersih.
Aku berharap, dengan kejayaan ini, aku tidak akan mengulangi kesilapan lalu.


Dengan kejayaan ini, aku berharap aku terpilih di kalangan 'golongan yang sedikit itu', i.e. golongan yang bersyukur.....

Ucapan terima kasih yang menggunung untuk kedua ibu bapaku yang belum pernah walau sedikit pun putus asa mendidik ku untuk tabah dalam berjuang demi kejayaan.. Ya Allah, Kasihilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihiku semasa kecilku.....

Juga kepada sahabat-sahabat khususnya di Mesir ini yang sentiasa membakar semangatku
untuk terus berjuang hingga beroleh kejayaan ini,, especially untuk Ahli bait, sahabat2 sebatch, senior2 rumah atas, Pok Nik, Abg Senu, Abg Munir, Abg Haikal, Abg Hazri.....


Kepada sahabat2ku yang masih dalam penantian result,

Aku mendoakan kejayaan kalian, dan jika
Allah mentakdirkan kalian berjaya, semoga kalian terpilih menjadi Hamba Yang Bersyukur.... Tetapi, jika yang berlaku sebaliknya,
yakinlah bahawa dalam derita dan pahit ujian itu, ada rahmat yang tersembunyi,
sebagai bukti kerdilnya kita berbanding Yang Maha Esa....


Peringatan buat diriku dan dirimu yang sering lupa....

Sep 14, 2008

Doakan kejayaanku wahai sahabat2ku....

Ramadhan kareem.

Kesilapan strategi, lupa diri, tidak istiqamah, lalai dengan dunia telah mengheretku ke kancah kegagalan. Belum pernah ku berpengalaman dalam kegagalan jenis ini. Namun di situ ada hikmah yang tersembunyi. Ada yang telah aku tahu dan ada juga yang belum.

Telah ku berusaha se'pulun'nya. Telah jawab soalan-soalan itu sebaiknya. Hanya aku serahkan pada Allah, yang menentukan rezeki ku di situ.

Dan jika Allah memberikan aku kemurahan rezki dalam peperiksaan ini, mudahan-mudahan Allah akan jadikan aku di kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur.

Sesungguhnya terlalu sedikit hamba-Nya yang bersyukur. Mudah-mudahan aku dan kamu (engkaulah) tergolong dalam yang sedikit itu.




Peringatan buat diriku dan dirimu yang sering lupa....


Aug 4, 2008

Tips kearah menjadikan "failure is only a delayed success"


Bismillah. Telah lama penulisan terhenti lantaran pelbagai masalah diri yang akan terus diperbaiki.
Kali ini, molek kiranya saya berkongsi beberapa tips ke arah menjadikan kegagalan yang dihadap itu sekadar a "delayed success"..


1. Ilmu itu Nur Allah, Nur Allah never comes to hati yang "kotor".



2. Tiada usaha tiada perubahan. Cth mudah; kita berasa lapar tetapi malas untuk masak atau membeli makanan, natijahnya - kelaparan then sakit then susah nk nyumbang ape2 utk umat.. KOnsep yang sama dalam menuntut ilmu


3. Di dalam perjuangan, antara benda yang essential sbg aksesori pada usaha yang bersungguh : DOA & AIRMATA.... ingat Doa senjata mukmin, Airmata itu bisa 'memadam' api neraka, bisa memadam api keegoan, bisa memadam bara api syaitan.


4. Consider cara pengurusan masa kita sebelum ini. Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu adalah lebih penting daripada yang penting. Utamakan yang utama dahulu.


5. Bila sampai ke tahap terpaksa memilih antara bertindak effective atau efficient, pilih efektif.


6. Practice makes perfect. (which means output learning is far more effective than the ordinary input learning)


7. There must be horizontal & vertical learning. Cari differences & similarity antara fakta yang dipelajari hari ini dengan fakta semalam..


8. "Selalu Ulang". Para yg hafaz quran kdg2 susah kita nk panggil hafiz quran kalu malas nk ulang hafalan.


9. Remember, when it comes to exam, the matter is how much you remember + concept understanding, not how much sources you have read.


10. Kegagalan = tarbiah drp Allah. Sabar. Inilah ujian dari Allah. Mungkin inilah pathway untuk kita makin dekat kepada-Nya..




Sekadar peringatan buat diriku dan dirimu yang sering lupa......