Sep 20, 2009

Balik ke Istana Golden Haret Taht kami...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Terlalu lama aku tidak menulis, padahal hampir dua bulan aku di rumah tidak berbuat apa-apa, dah tiadalah lekang yang berpanjangan daripada internet.
Kata kunci jawapannya mudah: MALAS


Sekarang aku di KLIA. Kebosanan.
Berbual secara maya (baca:Chatting) dengan Apes yang transit di Dubai, rupanya beliau lebih malang, berseorangan di Dubai selama 9 jam.

Aku sedang menunggu Amb* yang belum lagi muncul-muncul. Buat kali keduanya aku ke Cairo sepenerbangan dengan makhluk pandai ini. Aku, Apes dan Amb* dan seorang blogger terkenal Warouq tinggal serumah di Palace of Golden 7aret Ta7t di Kairo, betul-betul di bawah istana seorang lagi blogger terkenal AmerMeftah. Menantikan kedatangan di istana kami pastinya Rahman dan Hafi. Manakala bersibuk-sibukan kami balik, Haziq dan Warouq masih lagi belum puas beraya di Malaysia. Mereka bakal menyusul kemudian.

Aku memang jarang merepek sebegini di dalam blog. Tapi, disebabkan terlalu bosan di KLIA, inilah hasilnya.


Aku di medan selera tingkat 2 KLIA


Slot ayat-ayat BPI.

Apapun aku berdoa kepada Allah semoga keberadaanku di Mesir kali ini lebih diberkati dan dirahmati berbanding sebelumnya. Rupanya-rupanya kali ini sudah masuk tahun ke-5 aku di Bumi Anbiya Mesir itu, perjalan ke MBBCh semakin hampir. Banyak lagi "mutiara" yang belum dikutip. Mudah-mudahan dengan baki 2 tahun ini sempat untuk mengutip mutiara-mutiara tambahan di sana.

Pembaca sekalian, doakan aku dan Amb* selamat sampai di Cairo dan seterusnya di 'istana' kami itu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



**Kredit kepada Apes untuk nama timangan baru rumah kami.


september 09. Reposted.

Apr 20, 2009

Rupanya ku terlupa tentang itu......

Final Exam datang lagi...... penentu untuk naik tahun ke tak...

Struggle. Setiap masa berharga. Ada yang sudah rimas duduk di rumah, studi di ahwah. Lecture Notes semakin menjadi terlalu lusuh lantaran ditatap sekerapnya, walaupun kadang2 fokus selalu menjadi tanda tanya.

Semakin diselak kitab - kitab itu, semakin terasa inferior ; betapa jahilnya diri - selalu berharap untuk berinovasi namun pemilikan ilmu asas belum pun cecah ke paras sepatutnya.
Semakin diselak kitab2 itu, semakin banyak yang diketahui, tetapi semakin banyak juga yang tidak diketahui. Semakin banyak yang dihafal, semakin banyak yang dilupa...

Walhal, yang demikian itu hanyalah cebisan yang terlalu kecil daripada setitis ilmu daripada kesuluruhan lautan ilmu Allah Taala; Ilmu-Nya yang apabila dijadikan seluruh lautan sebagai dakwat untuk menulis segala ilmu-Nya, nescaya akan kering lautan itu sebelum ilmu - ilmu itu sempat ditulis. Subhanallah.

Pedoman terpenting : Usaha, jangan putus asa. Ubat bagi lupa adalah dengan selalu mengulangi apa yang telah dipelajari. Pengulangan pula memerlukan "teknik tertentu". Setelah berusaha, tawakkal la.... Allah is the only one who determines one to answer correctly in the exam...

Namun, telah kutatap, telah ku ulang berkali-kali, selayaknya aku sudah patut mengingatinya. RUPANYA KU TERLUPA TENTANG ITU.....MALAHAN SEPERTI "BUAT-BUAT LUPA"...
Maksiat yang aku lakukan.... Apa yang ku lakukan dengan anggota yang tujuh itu? Mataku, telingaku, Mulutku, Perutku, tanganku, kakiku dan anggota kemaluanku. Lazimnya, inilah punca. Punca hijab daripada Hidayah. Ilmu adalah Nur Allah, dan Nur Allah tidak akan menyinari hati orang yang melakukan maksiat.

Saudara/i ku, jom taubat. Mudahan2 kita cemerlang dlm exam kali ini.


Sekadar peringatan buat diriku dan dirimu yang sering lupa.


Feb 14, 2009

KALAU SI DIA MENANGIS???



Kanan bertanya. Kiri pun. Depan dan belakang jua begitu. Bertanya dalam nada yang kadangkala interpretasinya hanyalah sebagai suatu gurau senda dan lawak jenaka, walaupun kadangkala bersifat sebaliknya, yang perlu kepada respon yang memerlukan bicara yang luar biasa. Persoalan "SATU-DUA-TIGA-EMPAT" yang dipopularkan oleh Nujum Pak Belalang itu memang menjadi lumrah di kala usia sebegini atau bak kata seorang sahabat, di kala 'hormone rush period' ini. Pertanyaan ini acapkali sukar untuk dijawab dengan jelas, atau sesetengahnya lebih suka untuk berkata 'biarlah ia menjadi rahsia'. Mungkin lebih sukar apabila jawapan itu perlu dizahirkan kepada insan yang kita berikan sepenuh ketaatan selepas Allah dan Rasul, atau kalaupun tidak betul tetapi mungkin, kepada bunga itu sendiri.
Sesungguhnya 'Mendirikan masjid' ataupun sekurang-kurangnya, 'membina jalan ke masjid' itu tidak semudah menelan kopi yang pahit yang masih boleh diatasi dengan gula dan susu, tetapi ia adalah soal masa depan umat kita ini, untuk kita menyumbang kepada pembentukan masyarakat Rabbani. 'Bahan binaan' jenis apa juga bukanlah seperti memilih sama ada teh tarik atau teh limau. Ia soal sikap yang sudahkah atau belum kita terpimpin oleh ajaran Rasulullah, soal luas atau tidaknya ruang lingkup pemikiran, serta kematangan berfikir itu sendiri. Memandangkan perkahwinan itu berhajat kepada sikap 'memberi', maka persediaan ke arah itu sewajarnya bukanlah yang biasa-biasa, tetapi yang luar biasa.

IKUT-IKUTAN atau KEHENDAK NAFSU atau SATU KEPERLUAN?

Toleh kanan dan kiri, depan dan belakang pun, semuanya sedang giat 'membuat jalan ke masjid'. Mungkin ada sesetengah yang berbisik kepada hati, "aku bila lagi? fitrah mungkin sudah besar panjangg taringnya.
Apapun, perlu diingat bahawa agak cacat jalinan percintaan yang timbul lantaran ikut-ikutan, bukan atas hakikat bahawa perasaan murni itu hadir di dalam jiwa tanpa dipaksa.

Dari aspek yang lain,
di sana juga bertenggek nafsu yang selalu menggadai iman manusia. Kalau jalinan itu timbul hanya kerana dorongan nafsu semata-mata, ulang sekali lagi, semata-mata, kononnya menyambut seruan 'hormone rush' itu, sukar untuk diramalkan akan destinasi cinta yang terbina itu.
Tetapi berbeza pula halnya jika jalinan itu telah mencapai tahap sebagai satu keperluan untuk menikmati keimanan hakiki dan telah wujud persediaan rapi serta ibu bapa dan "bakal ibu bapa" merestui, mengapa perlu dilambatkan perkara yang boleh membawa ke syurga ini??

Mencari teman hati itu juga sesungguhnya berhajat kepada betapa sedianya hati dan akal kita ini menerima tanggungjawab menjaga dan mendidik si dia daripada walinya, serta menerima hakikat bahawa dia adalah pelengkap dan pendorong kita kepada Tuhan. Ada 'top-up' di situ.


KALAU DIA MENANGIS?


Tafsiran menangis itu bukan yang biasa-biasa.

Dari satu segi, memang membimbangkan kalau-kalau dia menangis. Menangis lantaran kasih terhadapnya sudah menonjol pasang surutnya, jika dahulu nilaiannya laksana permata tetapi kini tinggal kaca. Bimbang juga jika dia menangis lantaran diri ini terbukti tidak membawanya kepada Allah, diri ini alpa dengan perangkap syaitan di dunia hingga melupakan dia sebagai pelengkap dan penasihat kepada diri.

Dari satu segi lagi, memang hati sangat-sangat menginginkan dia menangis. Menangis kerana manusia selalu sombong untuk menangis. Menangis ketika dia menjadi makmum ketika ibadah di pertiga malam. Bersama-sama menyimbah api neraka serta memohon ampun, taufiq dan hidayah kepada Allah, dengan harapan agar zuriat yang lahir nanti adalah mereka yang senantiasa takutkan Allah.

Cuma, apakah sudah mampu diri ini bakal menjadikan kami sehebat itu? Apakah di dalam diri ini sudah timbul kekuatan sebegini sebagai jaminan bahawa nilaian kasih sayang terhadap ratu hati itu tiada pasang surutnya, malah kekal hingga ke syurga??

Maka berdoalah. Mohon petunjuk Tuhan. Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah. Kita lah yang miskin lagi kerdil.

PERSOALAN POKOK

Berdasarkan justifikasi tadi, suka saya bertanya kepada diri (dan anda juga); "Sudah punya akan persediaan yang luar biasa untuk hal itu??"
Sukar untuk saya menjawab walau untuk diperdengar kepada hati dan nurani sendiri. Tentulah lebih sukar apabila bapa atau mama yang bertanya akan hal ini....... haha........
Apapun, inilah bukti kekerdilan diri, sekadar hamba yang tidak tahu apa yang lebih baik untuk diri. Atas sebab itulah, kita digalakkan untuk selalu melakukan solat Istikharah.



BELA DIRI

Bukanlah entri ini ditulis untuk "memberitakan sesuatu". Bukanlah semestinya isi tulisan ini menggambarkan bahawa saya "sudah ada kawan" atau ingin "upgrade" mana-mana kawan.
Apapun biarlah soal cinta hati ini menjadi rahsia..... haha [ni ayat spekulasi ni]

Sebenarnya, entri ini ditulis tidak lebih dari sekadar tercuit untuk berbicara soal yang menjadi buah mulut rakan-rakan, dengan tujuan memberi peringatan untuk diri kita yang sering lupa, agar tidak terus menerus lupa, leka dan alpa.......


---------------------------
Diedit dan diposkan semula.