Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Terlalu lama aku tidak menulis, padahal hampir dua bulan aku di rumah tidak berbuat apa-apa, dah tiadalah lekang yang berpanjangan daripada internet.
Kata kunci jawapannya mudah: MALAS
Sekarang aku di KLIA. Kebosanan.
Berbual secara maya (baca:Chatting) dengan Apes yang transit di Dubai, rupanya beliau lebih malang, berseorangan di Dubai selama 9 jam.
Aku sedang menunggu Amb* yang belum lagi muncul-muncul. Buat kali keduanya aku ke Cairo sepenerbangan dengan makhluk pandai ini. Aku, Apes dan Amb* dan seorang blogger terkenal Warouq tinggal serumah di Palace of Golden 7aret Ta7t di Kairo, betul-betul di bawah istana seorang lagi blogger terkenal AmerMeftah. Menantikan kedatangan di istana kami pastinya Rahman dan Hafi. Manakala bersibuk-sibukan kami balik, Haziq dan Warouq masih lagi belum puas beraya di Malaysia. Mereka bakal menyusul kemudian.
Aku memang jarang merepek sebegini di dalam blog. Tapi, disebabkan terlalu bosan di KLIA, inilah hasilnya.
Aku di medan selera tingkat 2 KLIA
Slot ayat-ayat BPI.
Apapun aku berdoa kepada Allah semoga keberadaanku di Mesir kali ini lebih diberkati dan dirahmati berbanding sebelumnya. Rupanya-rupanya kali ini sudah masuk tahun ke-5 aku di Bumi Anbiya Mesir itu, perjalan ke MBBCh semakin hampir. Banyak lagi "mutiara" yang belum dikutip. Mudah-mudahan dengan baki 2 tahun ini sempat untuk mengutip mutiara-mutiara tambahan di sana.
Pembaca sekalian, doakan aku dan Amb* selamat sampai di Cairo dan seterusnya di 'istana' kami itu.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
**Kredit kepada Apes untuk nama timangan baru rumah kami.
Category: kembara
Buntu. Cuma belum ada sendu. Jika ada mungkin sedikit.
Buntu di benak dan juga di hati. Dan aku cuba untuk mengerti jika masih tidak arif untuk memahami. Jika tidak sekalipun, mungkin melakarkan satu pengertian sebagai wacana kecerahan masa depan. Cuma persoalannya, melakarkan pengertian itu, bagaimana? Lakaran yang berhajat kepada persis dan jitu.
Mungkin aku perlukan istikharah. Mungkin bukan mungkin lagi. Benar kata seorang sahabat rapatku, memang itu yang patut.
Apa yang dilakarkan itu tidak semudah memberikan prescription ubat dan dan membuat order untuk melaksanakan investigation untuk sampai kepada diagnosis terhadap patients yang presented dengan pelbagai symptoms dan signs. Benar kata beberapa sahabat yang rapat denganku, segalanya perlu akan mujahadah. Dan aku menambah: di situ perlu ada cinta. Iman adalah apabila cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi segalanya. Tergapaikah? Jika tergapai, hampir pasti tiada kebuntuan.
Aku sedar, bukan sekadar aku buntu. Adik -adik ku pun. (Baca: sahabat2 rapatku; mereka adalah bagai adik2ku sendiri). Ada yang bukan sekadar buntu, sudah diselubung sendu pun.
Memang, dicubit paha kanan paha kiri terasa. Segalanya berhajat kepada ketabahan dan kesabaran, seperti sabarnya ulul 'azmi minarrusul. Aku memohon kepada Allah yang Maha Kuasa untuk mengurai gundah ini.
Dan siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan mempermudah segala urusannya. Setiap kesusahan itu bersamanya kesenangan. Taqwa pembeda manusia.
Tiada keraguan, itulah solusi.
Ya Allah, bantulah hamba-Mu.
comments (0) Links to this post
Category: alkisah, cinta, tazkirah ringkas
1. Kali ini genaplah kali ke-3 penukaran tema blog ini berlaku. Bermula dengan "Garden of Virtue" kemudian bertukar kepada "Suci Sekeping Hati". Kini, tema diperbaharu: "Encik Learner".
2. Sesungguhnya, masa adalah kehidupan, dan hidup itu sesunnguhnya adalah satu proses pembelajaran. Belajar mengenal Allah, Belajar Meningkatkan taqwa. Tiada siapa yang sempurna; aku tidak selalu betul tetapi bukanlah semestinya engkau pasti tidak salah. Aku dan engkau cumalah pelajar + hamba + pengembara sepenuh masa. Kita berjalan menuju Allah, dan adalah tugasku sekiranya engkau tersimpang untuk ku pimpin engkau kembali. Pun begitu jika aku yang menyimpang, engkau memimpinku untuk kembali ke pangkal jalan. Memang, hidup ini adalah satu kuliah pelajaran. Life is all about learning.
3. Berhubung entri sebelum ini "PELIK", saya memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung ataupun marah terutama sekali kepada para junior (terutama untuk isu pertama) ...... Saya menulis satu entri yang mungkin tiada pemisahan hujah dan emosi, di samping (mungkin) nilai persoalan pokok yang tidak mencapai keperluan sepatutnya untuk dibincangkan. Terima kasih di atas kritikan.
4. Selamat membaca.
Category: tazkirah ringkas
Ini hanyalah sekadar tazkirah ringkas, berhubung beberapa perkara-perkara pelik yang saya saksikan, sebagai peringatan untuk diri saya dan kalian juga.
PERTAMA
Mereka baru di pre-clinical years, tapi tanpa segan silu memanggil diri mereka 'Doctor'. Di blog-blog, menulis nama mereka "Dr.XXXXX". Di dalam ucapan mereka yang dibacakan oleh DJ di bazar-bazar rumah negeri, mereka tanpa segan silu,
"Daripada Dr.**** dan Dr.****, kami mengucapkan bla-bla-bla-bla kepada Dr.****......"
Padahal mereka baru tahun 1. Sedangkan saya dan Amri sudah tahun 4. Israk dan Hamdan pula sudah di tahun 6. Tengku, Huzaifah dan Munauwir pun. Namun tiadalah kami ke hulu dan ke hillir memperkenal diri,
"Akhukom fel Islam, ana Dr Izwan, boleh panggil Dr Iwan ye."
Tidak menjadi soal jika orang lain yang panggil, namun menjadi soal jikan diri sendiri yang tergedik-gedik dengan gelaran tersebut. Bersabarlah sedikit.
Jangan mimpi nak pakai that great title kalau Hepatitis dan T.B pun tidak tahu untuk bezakan. Saya masih punya perjalanan yang panjang kepada MBBCh, mereka pula, tentulah jauh lagi.
Janganlah gelabah. Jika ingin menggunakannya juga dengan alasan untuk menambah semangat belajar, cukup sekadar tulis di dalam bilik tidur anda.
Apakah mereka buta bahawa "Medical Student' tidak sama dengan "Doctor". Memanglah budaya arab memanggil Medical Student sebagai Dr, tetapi biarlah mereka dengan budaya itu. Malah, bukan semua orang Arab membudayakan keadaan itu. Jangan mimpi di siang hari!!! yang penting, tuntut ilmu sebaik mungkin terlebih dahulu.
KEDUA
Mereka mendakwa bahawa 'core bussiness' mereka adalah 'studying medicine', tetapi mereka terlalu kerap dengan kelas-kelas agama. Tidak salah, malah teramatlah mulia sikap hadir ke kelas-kelas agama itu. Namun jangan dilupakan, tugas utama kita kepada agama Allah ini adalah dari aspek Perubatan itu sendiri. Lantas, jika di sana anda lebih kerap pergi ke kelas agama ataupun usrah-usrah, sehinggakan penumpuan anda di dalam kelas pun terganggu, tersengguk-sengguk ketika Professor mengajar, maka, mungkin anda perlu 'recheck' kembali diri anda.
Jangan kata saya anti kelas agama. Anda memang suka menafsir begitu. [prejudis mode, hehe] Sesungguhnya, kredit yang besar untuk mereka yang mampu untuk mendapatkan kedua-duanya dengan baik. Tahniah untuk mereka.
KETIGA
Apakah mereka sedang mengendalikan sebuah persatuan atau sedang mentadbir satu kementerian? Kadangkala dengan bertopengkan "menjaga kebajikan pelajar", mereka tidak sedar yang mereka sedang mengabaikan pelajaran. Ingat, anda bukan bekerja. Anda masih belajar.
Kelebihan menjadi pemimpin persatuan ialah MENJADIKAN ANDA LEBIH SMART!! BUKAN LEMBAP atau BODOH!!. Tetapi kalau anda memilih untuk bodoh, terpulang.
Kelebihan itu tiada pada orang lain. Jika anda, wahai pemimpin-pemimpin persatuan, mampu menangani kesemua tekanan yang mengekang, anda tentunya akan LEBIH MATANG DALAM BERFIKIR dan LEBIH CEMERLANG DALAM AKADEMIK daripada mereka yang tiada apa-apa jawatan.
Tentunya; pemimpin yang terbilang adalah pemimpin yang tinggi ilmu dan akhlaknya.
KEEMPAT
Ikuti perbualan telefon ini.
AKHAWAT : Hello, bleh ckp ngan Abu?
IKHWAH: Err,, Abu kluar. Cube call enset die. mm, ni sape?
AKHAWAT: Perluke tau? [terus meletakkan gagang telefon]
B***h!!! Boleh pula tanya soalan macam tu. Kalau akhawat tersebut adalah tunang Abu sekalipun, tidak lah sampai ke tahap tidak memberi tahu nama. Kenapa mereka terlalu bersikap sedemikian. Perempuan demikian memang tiada adab. Ini adalah kisah benar yang berlaku kepada seorang sahabat lama saya.
Susah; apakah semestinya mereka fikir bahawa dengan mengajak mereka berbual sesuatu bermaksud kita ingin 'mengurat' mereka? OOh, terlupa, mungkin mereka adalah ratu cantik Malaysia......
tidak perlu diulas panjang,, nanti dituduh macam-macam pulak.
Sekadar peringatan untuk diriku dan dirimu yang terlupa...
comments (28) Links to this post
Category: tazkirah ringkas
Kanan bertanya. Kiri pun. Depan dan belakang jua begitu. Bertanya dalam nada yang kadangkala interpretasinya hanyalah sebagai suatu gurau senda dan lawak jenaka, walaupun kadangkala bersifat sebaliknya, yang perlu kepada respon yang memerlukan bicara yang luar biasa. Persoalan "SATU-DUA-TIGA-EMPAT" yang dipopularkan oleh Nujum Pak Belalang itu memang menjadi lumrah di kala usia sebegini atau bak kata seorang sahabat, di kala 'hormone rush period' ini. Pertanyaan ini acapkali sukar untuk dijawab dengan jelas, atau sesetengahnya lebih suka untuk berkata 'biarlah ia menjadi rahsia'. Mungkin lebih sukar apabila jawapan itu perlu dizahirkan kepada insan yang kita berikan sepenuh ketaatan selepas Allah dan Rasul, atau kalaupun tidak betul tetapi mungkin, kepada mereka yang diciptakan dari rusuk Adam itu.
Sesungguhnya 'Mendirikan masjid' atau sekurang-kurangnya 'membuat jalan ke masjid' itu tidak semudah menelan kopi atau teh yang pahit atau kelat yang boleh dikawal menggunakan 'dose' gula dan susu, tetapi ia soal masa depan yang menyumbang kepada pembentukan masyarakat Rabbani. 'Bahan binaan' jenis apa juga bukanlah seperti memilih sama ada teh tarik atau teh limau. Ia soal sikap yang sudahkah atau belum terpimpin oleh ajaran Rasulullah, soal luas atau tidaknya ruang lingkup pemikiran, serta kematangan berfikir itu sendiri. Memandangkan perkahwinan itu berkehendak kepada sikap 'memberi', maka persediaan ke arah itu sewajarnya bukanlah yang biasa-biasa, tetapi luar biasa.
IKUT-IKUTAN atau KEHENDAK NAFSU atau SATU KEPERLUAN?
Toleh kanan dan kiri, depan dan belakang pun, semuanya sedang giat 'membuat jalan ke masjid'. Mungkin ada sesetengah yang berbisik kepada hati, "aku bila lagi? semua orang dah ade dah..."
Mungkin agak cacat jalinan percintaan yang timbul lantaran ikut-ikutan, bukan atas hakikat bahawa perasaan murni itu hadir di dalam jiwa tanpa dipaksa.
On the other hand, nafsu pula selalu menggadai iman manusia. Kalau jalinan itu timbul hanya kerana dorongan nafsu semata-mata, saya ulang semata-mata, kononnya menyambut seruan 'hormone rush' itu, sukar untuk diramalkan akan destinasi cinta yang dibina.
Tetapi berbeza pula halnya jika jalinan itu telah mencapai tahap sebagai satu keperluan untuk menikmati keimanan hakiki dan telah wujud persediaan rapi serta ibu bapa dan "bakal ibu bapa" merestui, mengapa perlu dilambatkan perkara yang boleh membawa ke syurga ini??
KALAU DIA MENANGIS?
Tafsiran menangis itu bukan yang biasa-biasa itu. Dari satu segi, memang membimbangkan kalau-kalau dia menangis. Menangis lantaran kasih terhadapnya sudah menonjol pasang surutnya, jika dahulu nilaiannya laksana permata tetapi kini tinggal kaca. Bimbang juga jika dia menangis lantaran diri ini terbukti tidak membawanya kepada Allah, diri ini alpa dengan perangkap syaitan di dunia hingga melupakan dia sebagai pelengkap dan penasihat kepada diri.
Dari satu segi lagi, memang hati sangat-sangat menginginkan dia menangis. Menangis kerana manusia selalu sombong untuk menangis. Menangis ketika dia menjadi makmum ketika ibadah di pertiga malam. Bersama-sama menyimbah api neraka serta memohon ampun, taufiq dan hidayah kepada Allah, dengan harapan agar zuriat yang lahir nanti adalah mereka yang senantiasa takutkan Allah.
Cuma, apakah sudah mampu diri ini menjadikan kami sehebat ini? Apakah di dalam diri ini sudah timbul kekuatan sebegini sebagai jaminan bahawa nilaian kasih sayang terhadap ratu hati itu tiada pasang surutnya, malah kekal hingga ke syurga??
"SERUAN KASIH SAYANG di TENGAH MALAM"
Dua hari lepas, ketika menaiki 'Metro' untuk pulang ke rumah selepas menghadiri Majlis Apresiasi Graduan, terdengar tangisan seorang anak kecil yang pada tafsiran awal saya amatlah mengganggu apatah lagi di dalam keadaan penat sebegitu. Tetapi 'mind setting' yang jahat itu dijernihkan oleh ilham yang tiba-tiba datang memuhasabahkan diri;
"macam mana kalau anak aku yang nangis cam ni waktu malam2 buta???"
Apakah sesuatu yang patut untuk berasa terganggu dan mengeluh dengan 'seruan kasih sayang tengah malam' oleh si anak kecil itu?? Tambahan pula jika isteri tiada di sisi, sedang 'on-call' mungkin, bagaimana mengharunginya berseorangan?? Bagaimana hendak diharungi semua itu dengan minda, sikap dan amal ibadat yang tidak sebesar impian? Kerenah anak kecil; apakah saya sudah punya akan persediaan untuk semua itu?? Kesibukan dengan dunia perubatan yang serba mencabar ini sebenarnya amat dikhuatiri berpotensi besar untuk menyumbang kepada gagalnya pembentukan masyarakat rabbani.
PERSOALAN POKOK
Berdasarkan justifikasi tadi, suka saya bertanya kepada diri (dan anda juga); "Sudah punya akan persediaan yang luar biasa untuk hal itu??"
Sukar untuk saya menjawab walau untuk diperdengar kepada hati dan nurani sendiri. Tentulah lebih sukar apabila bapa atau mama yang bertanya akan hal ini....... haha........
Apapun, inilah bukti kekerdilan diri, sekadar hamba yang tidak tahu apa yang lebih baik untuk diri. Atas sebab itulah, kita digalakkan untuk selalu melakukan solat Istikharah.
BELA DIRI
Bukanlah entri ini ditulis untuk "memberitakan sesuatu". Bukanlah semestinya isi tulisan ini menggambarkan bahawa saya "sudah ada kawan" atau "sudah berdua" atau 'burung dah terbang" seperti di dalam cerita "Masam-Masam Manis" arahan Tan Sri P.Ramlee itu.
Apapun biarlah soal cinta hati ini menjadi rahsia..... haha [ni ayat spekulasi ni]
Sebenarnya, entri ini ditulis tidak lebih dari sekadar tercuit untuk berbicara soal yang menjadi buah mulut rakan-rakan, dengan tujuan memberi peringatan untuk diri kita yang sering lupa, agar tidak terus menerus lupa, leka dan alpa.......

Hingga saat ini, entah sudah berapa ramai yang terkorban di Gaza. Di media massa itu semua sekadar anggaran. Belum tentu tepat. Sebenarnya berapa, entah...
Manakala kita di sini aktif mengutuk Israel sekerasnya, suka untuk ku bawa diriku dan kalian melihat akan beberapa perkara yang menyebabkan kita hanya mampu untuk sekadar 'mengutuk'. Sekadar mengutuk bererti kita lemah. Kita dipermainkan.. Tapi amat merisaukan jika mengutuk ini hanya sekadar trend atau ikutan semata-mata. Tidak pula berfikir soal bagaimana menghalang wujud sebuah lagi 'palestin'.. Memang dunia melekakan.
1. BERUSAHA ala KADAR. Belajar sekadar untuk mendapat sijil dan pekerjaan supaya mendapat wang untuk hidup. Belajar hanya untuk lulus. Berniaga pun tidak bersungguh. Semua minat untuk berada pada takuk yang lama. Sedangkan Yahudi kaya. Lantas mereka mampu membeli 'dunia'
2. MENGENEPIKAN YANG UTAMA. Bercakap menjaja isu sana sini. Tapi tin kosong. Langsung tidak mengambil istifadah daripada apa yang dicakapkan. Kadang-kadang yang priority itu tidak ditetapkan dengan betul. Jangan habiskan masa bercakap soal isu-isu semasa sedangkan pelajaran semakin terabai. Jangan terlalu aktif berpersatuan hingga pelajaran terabai. Kepimpinan luhur datang dari minda yang mengangkat ilmu ke darjat setingginya kerana pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang tinggi ilmunya. Sebab itulah, apabila ilmu itu BIASA-BIASA sahaja, bagaimana hendak menjadi pemimpin yang LUAR BIASA pada satu masa nanti??
3. IBADAT BIASA-BIASA. Sekadar solat lima waktu di penghujung waktu. Baca Quran sekali seminggu. Qiyam sekali setahun itupun lantaran exam sudah tiba. Kurang bersedekah. Ibadah yang dilakukan rata-ratanya fizikal semata-mata. Hati tidak turut serta, sebab hati itu sengaja dimatikan. Kadangkala, lafaz taubat dan air mata itu hanya palsu belaka, lantaran kesyukuran selalu berkurangan apabila kesenangan sudah dikecapi. Sedangkan, ibadah itu penguat taqwa, dan TAQWA lah yang MEMBAWA MANUSIA KEPADA KEJAYAAN duniawi dan ukhrawi.

4. TERLALU BERGANTUNG KEPADA KAFIR. Kita kurang alternatif. Keperluan harian kita pun orang Yahudi yang tolong buatkan. Berat badan kita pun Yahudi yang tolong tambahkan. Kita menjadi sihat pun sebab Yahudi yang bantu. Malah komputer ku ini pun menggunakan Intel yang dikatakan pro-Israel. Tapi di mana pakar-pakar dari umat Islam untuk membuat yang sehebat Intel? Kebergantungan Islam kepada barat memang tidak dapat dinafikan, dan barat umumnya Pro-Israel. Antara puncanya ialah kita tidak mampu 'BERDIKARI' sendiri. Kredit untuk Tun Dr Mahathir yang memperkenal dasar pandang ke timur. Syabas Tun!!
5. EGO. Sukar menerima pandangan dan nasihat orang lain. Sebab itulah sempadan itu pun dia tak nak bukak. Apabila KETAKUTAN KEPADA ALLAH itu berkurangan, mulalah Ego itu membiak di dalam hati.
6. NAFSI-NAFSI. Semua pentingkan diri sendiri. Belajar sendiri. Berjaya sendiri. Hidup sendiri. Mati sendiri. "Lantak kau lah".. Mungkin itu prinsip negara-negara Arab. Kalau kita pula, mungkin kita tidak berminat untuk membantu rakan di dalam pelajaran... mungkin juga hanya membataskan pergaulan kepada yang sama 'fikrah' dengan kita? Mematangkan pemikiran bukan sekelip mata, ia memakan masa. Untuk lebih matang, amat perlu untuk kita mengenal dan belajar sesuatu daripada yang "bukan sebulu" dengan kita. Selagi semuanya ke arah menaikkan darjat Islam, usah perdulikan propaganda picisan. Mencari titik temu di antara fikrah yang berbeza itu perlu untuk kemajuan umat kita ini juga. Setiap fikrah itu unik. Ambil yang jernih.
Banyak lagi kebobrokan umat Islam pada hari ini. LANTARAN TAQWA YANG MERUDUM, KITA TERTINDAS. Ledakan taqwa itu adalah rahsia kecemerlangan yang disebut di dalam Al-Quran, maka LEDAKAN TAQWA itu ADALAH RAHSIA KECEMERLANGAN YANG AGUNG!!
Berdoalah untuk kesejahteraan kepada muslimin di Gaza. Hulurkan bantuan kepada mereka melalui agensi yang sah. Moga kebajikan kita ini mengangkat darjat kita di sisi Allah.
PERINGATAN BUAT DIRIKU DAN DIRIMU YANG SERING LUPA

