Sep 20, 2009

Balik ke Istana Golden Haret Taht kami...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Terlalu lama aku tidak menulis, padahal hampir dua bulan aku di rumah tidak berbuat apa-apa, dah tiadalah lekang yang berpanjangan daripada internet.
Kata kunci jawapannya mudah: MALAS


Sekarang aku di KLIA. Kebosanan.
Berbual secara maya (baca:Chatting) dengan Apes yang transit di Dubai, rupanya beliau lebih malang, berseorangan di Dubai selama 9 jam.

Aku sedang menunggu Amb* yang belum lagi muncul-muncul. Buat kali keduanya aku ke Cairo sepenerbangan dengan makhluk pandai ini. Aku, Apes dan Amb* dan seorang blogger terkenal Warouq tinggal serumah di Palace of Golden 7aret Ta7t di Kairo, betul-betul di bawah istana seorang lagi blogger terkenal AmerMeftah. Menantikan kedatangan di istana kami pastinya Rahman dan Hafi. Manakala bersibuk-sibukan kami balik, Haziq dan Warouq masih lagi belum puas beraya di Malaysia. Mereka bakal menyusul kemudian.

Aku memang jarang merepek sebegini di dalam blog. Tapi, disebabkan terlalu bosan di KLIA, inilah hasilnya.


Aku di medan selera tingkat 2 KLIA


Slot ayat-ayat BPI.

Apapun aku berdoa kepada Allah semoga keberadaanku di Mesir kali ini lebih diberkati dan dirahmati berbanding sebelumnya. Rupanya-rupanya kali ini sudah masuk tahun ke-5 aku di Bumi Anbiya Mesir itu, perjalan ke MBBCh semakin hampir. Banyak lagi "mutiara" yang belum dikutip. Mudah-mudahan dengan baki 2 tahun ini sempat untuk mengutip mutiara-mutiara tambahan di sana.

Pembaca sekalian, doakan aku dan Amb* selamat sampai di Cairo dan seterusnya di 'istana' kami itu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



**Kredit kepada Apes untuk nama timangan baru rumah kami.


september 09. Reposted.

5 comments:

Effy Saiful said...

izwanis,dah balik dah rupenye korg..tak sempat nak dtg beraya rumah ko =p hehe

EN. LEARNER said...

nnt ko beraye je la kat Palace of GOlden 7aret Ta7t ni..... =)

Muhammad Warouq bin Qamar said...

hahah..bejaya gak ko menghasilkan post merapik. dan disusuli pula dgn sepotong ayat berbaur BPI maka amat menarik. aku suke. heh.

maka kelas bermula 3hb kan? pastinye ko sedang berprepare utk melangkah ke tahun 5. aku masik menunggu result. takut yg abadi.

aku pon bakal berasa sedih memandangkan akan tersadai di singapore int. airport selama 10 jam nnti. kalo bapak aku tokey kedai gunting,dah lame aku merancang berjalan2 dan berlalala di sekitar bandar Temasik tersebut. namun aku hanye lah anak seorang pekerja biasa dan juga seorang budak tajaan JAIS. hiba yg tiada terperi. namun syukur masih berdiri di bumi Tuhan [BPI nye ayat ni~~hir2..]

doakan aku,wan. n slamat mengemas umah yg dah macam syaitan.

RaMMu ^_^ said...

Budak skema balik awal..har har har~~~

EN. LEARNER said...

1. Kepada Warou3,

Haha...post merapik tak payah nk pikio sebab dan akibat, taram je, cume nmpk x intelek r...

Kelas 3 hb; ak start ngan PERUBATAN DALAMAN Blok Kedua iaitu Ilmu jantung, Ilmu Kelenjar dan Hormon serta Ilmu Kaji Darah
(Malu nak sebut Ba6nah....hehe)

takpe 10 jam ko pun tersadai jumlah take off masih blum menyaingi aku lg...

Kitorg x abes lg kemas umah,, setan kat dapur tu kate nk tgu ko balik bace mentera tertentu baru die nk lari..haha


2. Kepada Rammu,
Aku bukan budak skema la...terbalik awal...