Jun 20, 2011

Kempen Anti Hyper-Bodoh-ism






















*Nak tin milo ke mangkok jamban?





Kebelakangan ini motivasiku menurun.
Agak hambar. Semangat kelam. Hidup kelam-kabut. Serabut.

Pada peringkat ini, exam walaupun masih menjadi keutamaan, namun sudah bukan menjadi kebimbangan pertama.

Aku bimbang soal kerja. Risau tentang label-label yang sememangnya boleh dielakkan. Tapi, kalau dengan gaya hidup sekarang, aku rasa aku adalah candidate untuk label tersebut.


"Bila habis belajar?"

"6-7 bulan lagi insya Allah...."

"Wah, tak lama dah tu. Boleh la mak cik dapat rawatan percuma bla bla bla.........."


Itu tema perbualan tahun ini, terutama masa evakuasi baru-baru ni. Tema untuk siapa-siapa saja di tahun akhir. Konon sudah hampir ke garisan penamat. Abaikan kata-kata terakhir mak cik tu.

Ya. Bunyinya menggembirakan. Luarannya, ya. Di lidah, ya.

Tetapi, di hati ini sesungguhnya, Aku TAKUT!!!
Takut dilabel sebagai doktor mee segera, doktor mangkuk jamban ataupun tin milo.

Standard la kalau bodoh tu. Tapi bodoh itu sendiri pun ada normal range, macam FBC.
Aku takut kalau hyper-bodoh-ism yang aku bawa untuk dipersembahkan kepada para pesakit.

Hyper-bodoh-ism is avoidable. Treatable as well. But the treatment perhaps will never be as simple as we can imagine. Malu kot. Malu sebab benda tu boleh dielakkan.


MOTIVASI UNTUK STRUGGLE

  • Aku mahu menjadi lebih dari sekadar 'just a doctor', kerana medicine bukan sekadar sejenis science.
  • Seribu kitab perubatan sekalipun baca dan kaji tidak akan cukup untuk membayar 'trust' daripada patient aku. Apa yang menghubungkan patient dan doctor bukanlah consent form, tetapi, the power of trust!!
  • Aku ingin memperbetul sikap. Belajar untuk humble dan menghormati siapa-siapa saja. Consultants, Specialists, MOs, and even patients memang tak suke HO yang poyo dan bajet. Ma3ruf kot.
  • Doa adalah senjata mukmin. Motivasi juga berkait dengan jauh atau dekatnya kita dengan Allah. Mungkin kurang motivasi ini adalah indicator level dosa kot.


PROPHYLACTIC MEASURES

Admit kebodohan.
Dah tau bodoh, pegi la study.

Study ok. Bukan setakat membaca.



----------------------
Jika kau baca, kau doakan aku berjaya dalam bidang aku ni. Moga Allah merahmati kau.

Juga, moga aku dan kau mengambil iktibar dan peringatan.

Jan 18, 2011

MALAS


Aku memahami Nobita sebagai Ikon Pemalas

Kebanyakan, jika tidak semua, perkara di dunia ini secara semulajadinya bersifat bergerak ke hadapan. Contohnya, masa. Masa sentiasa bergerak ke hadapan, dan masa itu adalah kehidupan. Hidup pula salah satu maksudnya ialah belajar. Maka, sebagai rumus:

HIDUP = BELAJAR = MAJU

Namun, dalam konteks kita sebagai manusia, belum terdapat jaminan untuk kita maju, kerana kita punya 'kuasa' untuk memilih sama ada untuk maju ataupun tidak. Kuasa itu datangnya daripada hati, yang dijelaskan di dalam hadith Rasulullah sebagai 'seketul daging'; jika 'daging' itu baik maka baiklah kita dan sebaliknya.

MALAS = VIRUS

Sudah jelas bahawa sikap malas adalah ibu kepada segala kemunduran. Menangani dan merubahnya bukanlah mudah. Segalanya juga bermula dengan hati. Janganlah dilupa bahawa kita dikurniai akal untuk berfikir, dan akal itu fungsinya untuk mengimbangi nafsu yang selalunya menodai hati. Akal yang sihat akan selalu mempersoal tindakan nafsu.

Semakin bertambah kemalasan, semakin tumpul akal

Pattern of bad habits = Mudah dan Seronok dilakukan tetapi sukar ditinggalkan.
Demikianlah juga dengan sikap malas, yang jelasnya jika tidak dibendung akan melemahkan akal. Kita tidak akan kritikal di dalam berfikir, kurang kreativiti dan melemahkan memori.

SEMANGAT ADALAH ANTI-VIRUS

Semangat adalah trigger utama untuk akal berfungsi dengan baik dalam menangani malas. Cuma di mana harus trigger itu dicari?
  • Kita tidak keseorangan. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
  • Seorang manusia menjadi kuat kerana manusia-manusia lain disekelilingnya. Erti sahabat ialah insan yang memperingatkan ketika senang, memperbetulkan ketika 'hilang', menenangkan ketika malang.
  • Tafakuri sekeliling. Terlalu banyak contoh yang boleh membangkitkan. Jangan dilupa bahawa pelajaran kadangkala datangnya daripada seorang anak kecil, mahupun seekor kucing.
****

TUHAN MENDIDIK HAMBA-HAMBANYA

Kadangkala kita tidak menyangka bahawa setelah sifat malas digantikan dengan segala kesungguhan, kita ketemu akan kegagalan mahupun rintangan yang mematahkan semangat perjuangan. Janganlah sesekali kita berhenti dan kembali kepada 'kegelapan' kerana di sana terlalu banyak perkara yang tidak terjangkau oleh akal sebagai bukti kekerdilan kita. Ingatlah bahawa:
  • Kejatuhan adalah pelajaran, melainkan jika kita yang menginginkannya untuk menjadi sebaliknya.
  • Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menyokong dan menasihati, serta menyubur ketakutan kepada Tuhan.
  • 'Quality Assurance' adalah sebahagian daripada Islam. Muhasabah dan sentiasalah bertaubat.
  • Allah punya cara yang unik untuk menunjukkan kasih sayangnya.
********

Kita adalah sebaik-baik kejadian.
Kita adalah khalifah dan kita juga adalah hamba.
Kita punya pilihan untuk terbang atau berlari atau berhenti.

Selagi kita menyedari hakikat sebagai seorang hamba Allah,
kita akan punya kekuatan untuk maju dan berjaya.