Jun 14, 2007

Yang sedikit itu........

Bismillahirrahmanirrahim.

KENAPA SEDIKIT

Di dalam Tafsir Al Azhar karangan Hamka, telah dinukilkan satu kisah menarik.
Pada suatu hari, Saidina Umar Al Khattab telah terdengar seorang lelaki membaca doa
di hadapan Ka'abah. Lelaki itu berdoa : " Ya Allah, jadikanlah diriku tergolong daripada
golongan yang sedikit."
Lalu saidina Umar berasa hairan mendengar doa tersebut lalu beliau pun bertanya kepada lelaki itu, "Mengapa kamu berdoa sebegitu?"
Kemudian lelaki itu pun menjawab, "Bukankah Allah berfirman di dalam Al-Quran, Saba':13

".....dan sedikit daripada kalangan hamba-Ku yang bersyukur."

Lantas, umar berkata, "Wahai Umar, semua orang lebih alim darimu"

CHOOSE THE MOST ACCURATE ANSWER

Dalam ayat dan cerita tadi jelas membuktikan betapa sedikitnya orang yang bersyukur.
'Al-Qala il' yang termaktub dalam Kitabullah : adakah kita tergolong di dalamnya??
i.e. Adakah kita merupakan hamba yang bersyukur??

Adakah kita....
a) Kita sudah tahu kita tidak tergolong di dalamnya ATAU
b) Kita tahu bahawa kita tergolong di dalamnya ATAU
c) Kita tidak tahu kita tergolong atau tidak di dalamnya ATAU
d) Kita sekadar merasakan kita tergolong di dalamnya ATAU
e) Kita yakin kita berada di dalamnya ATAU
f) Kita yakin & sedar kita bukan dalam golongan itu dan berpuas hati
setakat itu ATAU
g) Kita yakin & sedar kita bukan golongan itu dan terus mencuba untuk
menjadi sebahagian daripadanya ATAU
h) Kita sedar dan yakin bahawa kita bukan dalam golongan itu, dan sedar dan
tahu akan kepentingan untuk mencuba dan berusaha untuk menjadi
sebahagian daripadanya, jua sedar kita memiliki kemampuan untuk
ke arahnya, tetapi kita tidak risau malahan tidak berbuat
apa-apa untuk mencapainya.

Berdasarkan kriteria di atas, di manakah kita? Fikir2 dan renung2kan....

NIKMAT YANG INFINITI


'Countless'. Di dalam Surah Ibrahim: 34 "Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya." Mesej ayat ini cukup jelas menyatakan tentang nikmat
yang 'countless' yang Allah berikan terhadap kita. Lantas, syukur perlu menyusul. Ingatlah, kita
hanyalah sekadar hamba. Jika seseorang diberikan sesuatu yang berharga, sudah sepatutnya
dia berterima kasih kepada si pemberi tersebut....
Jika perlu sekalipun untuk dikemukakan apakah alasan untuk kita bersyukur, pada tubuh
badan kita sendiri pun sudah cukup untuk menjelaskan LEBIH DARIPADA SEKADAR
INFINITI..


FI AHSANI TAQWIM

Surah At-Tin ayat 4 menjelaskan kita adalah sebaik-baik kejadian ; satu lagi 'point' untuk kita melahirkan rasa kesyukuran terhadapnya. Kita istimewa.
Kejadian otak kita sendiri pun sudah cukup untuk menjadi satu saksi tentang nikmat Allah yang tidak terkira ini. Kejadiannya yang sangat kompleks menjadikan bidang Neurology dan Neurosurgery adalah antara bidang yang paling susah di dalam bidang perubatan.
Antara bahagian otak yang paling jelas fungsinya adalah 'Primary Motor Area' yang penting untuk pergerakan yang 'skillful' bagi otot-otot di bahagian tangan dan kaki (distal limb) pada bahagian sebelah badan yang bertentangan (contralateral). Maksudnya; otak kanan kawal
tangan dan kaki kiri dan sebaliknya. Bayangkanlah bagaimana bahagian otak yang sekecil itu mampu untuk mengawal pergerakan yang 'skillful' untuk 'distal limb' kita?
Pernahkah kita bersyukur untuk perkara ini??

Berkaitan dengan otak, senarnya para 'Neurophysiologists' sendiri masih menghadapi
masalah untuk menjelaskan bagaimana otak kita berfungsi. Namun apa yang pasti, otak sememangnya berperanan penting untuk 'sensory function' (keupayaan kita untuk mengesan rangsangan) dan 'motor function'(pergerakan otot-otot) di samping 'higher fuctions' untuk tujuan intelektual, emosi dan pemikiran yang banyak membezakan kita dengan haiwan.

Kebanyakan penemuan yg dilakukan hanyalah sekadar teori. Masih terdapat bahagian otak
yang belum diketahui fungsinya. Pengarang buku teks Medical Physiology yang terkenal, Arthur C. Guyton MD dalam bukunya 'Textbook of Medical Physiology' ketika mengulas tentang fungsi 'Basal Ganglia' turut mengakui akan kebingungan para neurophysiologists tentang fungsi 'basal ganglia'. Walaupun dalam buku teks tersebut itu dinukilkan bahawa 'Basal Ganglia' adalah penting utk 'execution of Motor Pattern' melalui "Putamen Circuit" (Litar Putamen) dan untuk 'cognitive control of sequences of motor pattern' melalui "Caudate Circuit", namun pada akhir subtopik tersebut beliau menyatakan;

" However, our understanding of function of the basal ganglia is still so imprecise that much of what conjectured in the last few sections is analytical deduction rather than a proven fact."

Inilah satu bukti yang menunjukkan bahawa betapa besarnya nikmat Allah itu sehinggakan kita sendiri masih belum mampu mengenal pasti fungsi sebenar organ terpenting kita, di mana terletaknya akal... Hal ini jelas sebagai satu gesaan untuk kita berasa kagum terhadap kekuasaan Allah dan terus berterima kasih terhadapnya. Subhanallah...
Apakah alasan untuk tidak bersyukur????

SALAHGUNA NIKMAT

Ini adalah krisis terbesar kita.

Mata kita untuk apa? Tapi apakah yang kita lihat
Mulut kita pula bagaimana? Mulut kita selalu berfungsi sebagai apa? Mesin Zikrullah atau Mesin Mengumpat?
Kaki kita untuk apa? Tapi ke mana pula kita hayunkannya?


APABILA HILANG BARU KAN TERASA

Sebelum 'exam', kita 'mungkin' mempunyai banyak masa yang terluang untuk mengulangkaji pelajaran. Namun apabila tiba musim 'exam', nikmat tersebut telahpun hilang...Ketika itulah barulah nikmat masa itu terlalu dihargai.

Semasa sakit, barulah terasa nikmat sihat. Walhal semasa sihat, 'lifestyle' tidak dijaga... 'Dietary habit' yang salah pula yang diamalkan. Semua makanan yang tidak berkhasiat yang merosakkan badan itulah yang jadi sajian yang paling kerap..

Itulah ragam manusia...Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan, nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang di dalam genggaman....


JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR




Ucaplah Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah...

Imam Abu Abdul Rahman as Salmi berkata, " Solat ialah syukur, puasa ialah syukur, dan kesemua kebaikan yang diajar oleh Allah adalah syukur. Sebaik-baik syukur adalah pujian terhadap Allah.
Imam Muhammad bin Ka'ab al Qarzi pula berkata, "Syukur ialah bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal soleh"

Rasa berterima kasih adalah satu bentuk emotional expression yang positif. Hal ini akan menjadi 'lebih positif' apabila terima kasih itu adalah untuk Allah Taala. Keimanan dan ketaqwaan kitalah yang menyumbang kepada hadirnya emosi yang positif. Tanpa iman dan taqwa, kesyukuran tidak akan terjana.
Dari satu aspek yang lain pula, semakin kuat iman dan taqwa, semakin kuat rasa syukur terhadap-Nya. Keadaan inilah yang akan membawa kepada emosi yang stabil yang akan memastikan setiap sistem badan kita berfungsi dengan baik dan seterusnya menjana kesihatan yang baik.

Emosi yang stabil adalah dikaitkan dengan kurangnya glucocorticoid (cortisol) dalam darah. Jika hormon ini tinggi dalam darah seperti dalam keadaan stress, ia boleh menimbulkan pelbagai masalah lantaran fungsinya yang 'permissive' terhadap cotecholamines yang merangsang sympathetic nervous system. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti pada metabolism dan kandungan gula dalam darah. Sistem Saraf dan Kardivaskular juga mungkin terjejas. Beberapa sistem lain juga turut terjejas.

Dari segi lisan dan perbuatan pula, kita pula perlulah menunjukkan kesyukuran kita terhadap nikmat pemberian Allah. Janganlah disalahgunakan. Mata, telinga, tangan, kaki, kesihatan yang baik, masa lapang dan sebagainya.

Semua Nikmat hanyalah sementara.
Ingatlah bahawa nikmat mungkin mendekatkan mungkin menjauhkan kita daripada Allah.
Hargailah nikmat Allah Taala. Semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan yang sedikit itu.....

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memaklumkan, "jika kamu bersyukur nescaya
akan Kami tambahkan nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Allah)
maka sesungguhnya azabku sangat pedih"
Surah Ibrahim : 4


Rujukan :
Tips2 cemerlang drp alquran - Dr Danial Zainal
Textbook of Medical physiology - Guyton & Hall
Medical Physiology : Endocrine & Reproduction - Magdi Sabry
Neuroanatomy - Kariman
Islamic Etiquette







No comments: