Jul 23, 2007

Ke mana hilangnya....

Bismillahirrahmanirrahim.

P

Telah dinukilkan di dalam sebuah syair Imam Asy Syafi'i Rahimahullah;
"Aku mengadu kepada Waqi' akan betapa buruknya hafalanku, maka
beliau menyuruhku untuk meninggalkan maksiat. Dan beliau jua
mengatakan kepadaku bahawa Ilmu itu adalah nur, dan nur Allah
tidak akan datang kepada orang yang melakukan maksiat"
Diterangkan dalam syair tersebut betapa Imam Syafii yang
merasakan hafalan beliau sangat lemah, lantas beliau
mengadukan hal tersebut kepada gurunya Imam Waqi'.
Kemudian, imam Waqi' memintanya meninggalkan maksiat.

Kembali ke situasi kita; Kita baca (dgr kuliah),kita faham dan kita
ingat dan kemudian kita lupa... Ke manakah ilmu itu menghilang??
Mengapa & bagaimana ia boleh hilang???
Ketepikan dahulu soal cara study walupun ini antara penyumbang
besar kepada kekuatan memori. Jangan lupa bahawa hubungan
dengan Allah tidak pernah menafikan akan peranannya dalam apa
jua keadaan. Kita hamba-Nya, maka kita tertakluk kepada - Nya.

Banyak manakah maksiat yang telah kita lakukan? Mungkin
kita tidak minum arak mahupun berzina, tetapi jika kita masih
istiqamah dalam mengumpat, apakah itu bukan maksiat?
Menyakiti hati kawan bukan salah satu daripada maksiat?

Itu yang melibatkan manusia lain, dengan diri sendiri bagaimana ??
Di hadapan internet bagaikan antara syurga dan neraka.....
yang mana satukah yang kita pilih??

Di khalayak ramai, siapa yang suka kita perhatikan?
Yang tak cukup kain itukah? atau yang sarung nangka atau keduanya??

Marilah kita muhasabah diri kita. Jangan maksiat menjejaskan
ingatan kita terhadap ilmu Allah. Apa yang kita sedang pelajari
adalah ilmu milik Allah, jika diabaikan tatacaranya, bagaimana bisa
kita menghafalnya(mengingatinya)??

Kadangkala kita merintih apa yang dihajati sukar dikecapi, maka
sila 'consider' peratus maksiat yang kita lakukan di samping kaedah
yang kita gunakan.


JOM TINGGALKAN MAKSIAT,,,KUATKAN MEMORI UMAT ISLAM AGAR
UMAT ISLAM BOLEH MAJU DAN BERSAING DENGAN KUFFAR!!!

3 comments:

Anonymous said...

kenapa lame tak update???

byk gak bnde yg b'manfaat dlm ni... update2la slalu... =)

Learner said...

terima kasih atas nasihat....
saye akan cuba atasi kesibukan & kemalasan..

Anonymous said...

im impressed...thank u 4 d remainder =)...looking forward 2 read on ur latest materials...gudluck 4 ur final exam....