Dec 29, 2008

ALLAH itu untuk exam sahaja???


Memang manusia mudah lupa. Cepat lupa akan nikmat pemberian Allah, biarpun peringatan agung telah diberikan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Bukannya tidak tahu, tahu. Tetapi manusia itu pelupa dan buat-buat lupa, kecuali bagi mereka yang selalu mengambil peringatan.

Mungkin kau sudah mula jauh daripada Allah kerana kau memang seakan-akan mengingat Allah itu secara 'periodical'. Apabila kau senang seperti sekarang, bukanlah ku katakan kau melupai-Nya tetapi kau kurang mengingati-Nya.

Lupakah kau akan zaman kesusahanmu dahulu? Mungkin perlu ku peringat tentang kegagalanmu dahulu. Masihkah kau ingat di kala sahabat-sahabatmu semuanya 'lepas' dan engkau terpaksa menduduki peperiksaan 'dur tani' ?
Tangisanmu apabila menghadapi kegagalan pertama juga; mungkin sudah kau lupa. Betapa ketika itu engkau sudah tidak bersemangat dan hopeless juga kau sudah lupa,, sehinggakan kau terpaksa kembali ke laman ayah bonda untuk kau betulkan langkahmu yang sudah mula tersasar....

Kemudian kau kembali ke medan perjuanganmu dengan 'new charge' special dari ayah dan ibumu. Ketika itu 'harga' air matamu terlalu murah,,, di jual murah kerana bersungguh meminta belas daripada Dia Yang Maha Pemberi Nikmat. Memohon nikmat kejayaan dari Yang Maha Kuasa.
Kau juga adalah budak yang sangat cemerlang pada ketika itu. Very Hardworking. Very Smart. Dahimu agak kerap 'menyentuh' lantai. Dalam doamu selalu juga kau lafazkan begini;

"...... ...Ya Allah, sekiranya Engkau mentakdirkan aku berjaya dalam exam kali ini, maka kau jadikanlah aku daripada kalangan hamba-Mu yang bersyukur......"

Apabila keputusan diumumkan, alhamdulillah, ENGKAU BERJAYA. Pada hari itu juga secara rasminya kau telah menjadi pelajar Tahun Empat (baca: ko skang taun brp?).... Itulah pertama kali engkau menyambut kejayaan dengan linangan air mata.. Mungkin lantaran keperitan itu pertama kali engkau rasa.


Tapi, itu cerita dulu-dulu.

Sekarang sudah hampir empat bulan kau berada di tahun pengajian yang baru ini. Namun, akhlakmu dan pengurusan hidupmu tidak ubah seperti mana akhlakmu yang menyebabkan kau menempa kegagalan pada tahun lepas.

Kau seperti TIDAK BERSYUKUR dengan kejayaanmu melangkah ke tahun akademik yang baru ini. Sepatutnya dengan keperitan yang kau telah rasai itu memaksa engkau untuk terus berdamping secara serius dengan buku-buku, kuliah dan tutorial perubatan, bersemangat 100% menghadiri kelas clinical, dan bukan menunjukkan reaksi 'allergic' terhadapnya. Pengurusan masamu pada kali ini juga FAIL!!!!!. Berapa banyak masamu yang kau habiskan untuk tidur?? Melakukan perkara yang sia-sia?? Jangan kau ingat inilah masanya untuk kau membalas 'dendam' setelah 'nikmat cuti summer'mu kau terpaksa gunakannya sebagai 'azab' untuk kau berada di takuk ini.


Yang terpenting, keakrabanmu dengan Allah. Apakah engkau semakin akrab? atau semakin menjauhinya. Ke mana perginya tangisan-tangisanmu itu dahulu? Di manakah amalan-amalan baikmu yang kau amalkan dahulu? Dahulu engkau menjaga perkataanmu,, namun sekarang tidak.... Dulu kau selalu ingat akan ayah dan ibumu serta kesengsaraan umatmu,, tapi sekarang??

Mungkin kau sudah ada sedikit improvement sekarang. Tapi pasti kerana exam makin hampir bukan?? Apakah engkau menganggap ALLAH itu untuk EXAM sahaja? Mampu kah kau peroleh keredhaan Allah dengan sedikit keakraban dengan-Nya pada waktu exam sahaja??

Sekiranya belakangan ini engkau kerap berasa tidak tenang, seperti ada sesuatu yang tidak kena, maka inilah jawabnya. Kau terlupa terleka dan alpa dengan dunia. Kau mungkin mula menjauhi-Nya, dan mengikut telunjuk syaitan...

Sempena tahun baru ini, dekatkanlah dirimu dengan-Nya, berdamping dengan-Nya, serta menangislah kerana-Nya lantaran manusia selalu sombong untuk menangis.

Jika engkau enggan, hadapilah kegagalan yang baru, dan tiada ucapan "good luck" untuk itu...




PERINGATAN BUAT DIRIKU DAN DIRIMU YANG SERING LUPA.....

4 comments:

musafirtibbi said...

Ya Allah..jadikanlah kami di kalangan hamba-MU yang bersyukur...

Muhammad Warouq bin Qamar said...

mendalam..terasa kat hidung sndiri..direct!

lyannayahya said...

serius!terkene kat diri sendiri..

yaAllah,tetapkankan lah hati2 kami pada jalanMU

tqvm~

Anonymous said...

'bertaqwala kepada Allah, maka Dia akan menganugerahkan ilmu padamu' (al quran)

Ilmu yang dianugerahkan terus dari Allah swt, syratnya taqwa...

Taqwa>> takut kepda Allah(sentiasa merasa kehadirannya) tak kira exam atau non-exam