Nov 3, 2008

Tapi, Allah suka.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ku bawakan 4 masalah sebagai tatapan kali ini.

MASALAH 1 :
Anda sedang berada di dalam sebuah bas. Sedang duduk dengan selesa. Tiba-tiba bas tersebut berhenti seketika, dan menerima ketibaan seorang penumpang baru, seorang wanita yang agak berumur. 50-an mungkin. Memandangkan semua kerusi sudah diduduki, beliau terpaksa berdiri. Secara kebetulan, di sebelah anda. Kebetulan juga, anda baru sahaja menaiki bas tersebut beberapa minit sebelum beliau. Ditakdirkan pula, anda sedang letih 'giler'. Hati tergerak untuk terus duduk tanpa mempedulikan makcik tersebut.
"Pehal la makcik ni bdiri kat sblah aku, mesti nak duduk la ni." ....... "Haih, baru duduk kejap je pun dah ade orang nak amik alih"......."Tak kan la aku yang nak bangun pulak kot. Orang lain lah pulak"........ Timbul dilema.



MASALAH 2:
Anda terjaga selepas pada pukul 8.15 pagi selepas tidur 'sesi kedua' selepas Subuh. Kelas anda akan bermula pada pukul 9 pagi, iaitu dalam masa 45 minit lagi. Namun, anda masih terlalu berselera untuk tidur. Tidur memang menyeronokkan. Tapi ada pula tanggungjawab kepada umat pada pukul 9 yang "kacau daun." Tolong diri atau tolong umat atau keduanya? Timbul dilema.


MASALAH 3:
Sahabat anda terlalu banyak menghabiskan masa menonton Movies pada masa yang sepatutnya lebih sesuai untuk dijadikan masa belajar. Ingin ditegur, risau akan serangan balas. Ingin dibiarkan, anda juga menjadi penyumbang kepada kemusnahan masa depannya. Dilema ketiga.


MASALAH 4:
Anda terjaga pada awal Subuh setiap hari. Ketika azan subuh berkumandang itulah waktu bangkit anda. Anda berpeluang untuk menikmati kesegaran waktu subuh, serta berjamaah di masjid. Namun, rakan serumah anda pula selalu tewas untuk bersolat subuh pada awal waktu. JIka anda mengejutkan mereka, pun pasti enggan untuk bangkit. Perlukah kejutkan setiap hari? Tampak seperti membuang masa dan sia-sia lantaran kadangkala mendapat 'unwanted feedback'... Timbul dilema keempat.



PENYELESAIAN:

Banyak yang manusia benci, tetapi Allah suka.
Banyak juga yang manusia suka, tapi Allah benci.

Kita hanya sekadar hamba. Diciptakan untuk beribadat kepada-Nya. Oleh itu, buat apa yang DIA suka. Kenapa perlu pedulikan manusia si lemah itu berbanding Allah Yang Maha Perkasa???.
Perjuangan manusia selalu dihalang oleh syaitan bertopengkan manusia. Dan mugkin juga pada ketika ini, kita sedang memakai topeng itu... Topeng itu Batasan!!!! Kita wajib menerobosinya!!!



Jika kalian sudah faham akan konsep ini, maka tidak perlu untuk ku khabarkan kepada kalian akan jawapan kepada keempat-empat dilema yang ku bentangkan tadi.
Kalian memang sudah tahu jawapannya. Muhasabahlah.....


"Inilah peringatan untuk diriku dan dirimu yang sering lupa"


6 comments:

nawwar aqilah said...

masalah1- sy jarang duduk bile naik komuter sbb nye x nk hadapi dilema yg sebegini...hu.

masalah4- ni prob ngan rumet.. da buat macam2 tp die x nk jage gak..yg lebih mengejutkan, die set alarm kol 7 pg..huhu..

Learner said...

bdoa spy dia dpt hidayah.... Mgkn soal subuh ni 'complex'.... try yg 'simple' dlu kot...

Anonymous said...

assalamualaikum Doktor. empat2 problem itu memang sering dihadapi oleh mereka yg ada kesedaran. kepayahan tetap terasa. kesimpulannya, kita masih kelonggaran keyakinan dan keimanan.

wayfarer said...

salam wrt...
hm, slalu juga berhadapan dgn mslh2 ni.. jazakallah krn mengingatkan diri yg sering terlupa ini.

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu amat bermanfaat bagi orang-orang mukmin."
51:55

salam ziarah dari bumi russia... =)

Amanina ST said...

masalah menonton movie~hu3

Ezainy said...

Dalam apa jua pun permasalahan, uslub dakwah yg ingin kita prlaksanakan perlulah seiring mengikut keadaan setempat dan golongan yg ingin diubah.Laksanaknlah dgn penuh hikmah dan bijaksana.insyaALLAH berhasil