Dec 19, 2010

Comeback


COMEBACK

Menulis kembali kerana keinginan juga sudah kembali.


AZAM BARU


Biasalah, bersempena awal tahun, azam baru berduyun-duyun bertandang ke otak dan hati aku. Ternyata beberapa azam 'lama' pula terpaksa diperbaharu, akibat kelalaian yang seakan-akan disengajakan. Merancang memang menyeronokkan, namun melaksanakan rancangan adalah satu cabaran yang besar. Apa yang pasti, sebagai hamba perlu berusaha sekeras mungkin untuk menjadi lebih baik daripada semalam.


MUSIM CUTI AKHIR TAHUN 5

Oh no......Nampaknya rotation di 'Holiday Department' sudah hampir ketemu akan penghujungnya. Aku bukanlah 'perebus' buku lantas aku cenderung kepada parti yang berpendirian bahawa cuti itu memang menyeronokkan.

Tentatif utama, bak kata
mamat-minah program, pada cuti kali ini ialah Futsal. Al-maklumlah, sepupu sepapat hampir kesemuanya available. Tentatif sampingan termasuklah bermain badminton dan melepak di tepi laut sambil makan CBA.

Ternyata cuti aku pada kali ini lebih kepada pengayaan fizikal, meminggirkan serba sedikit keperluan intelektual.
Bukanlah tidak boleh untuk membuat Elective posting, cuma aku sendiri yang menafikan haknya (atas sebab-sebab tertentu)


JUVENTUS DAN INTER

Aku sentiasa kelihatan pelik kerana menonton Serie A, menyokong kedua-dua Juventus dan Inter. Tetapi itulah hakikatnya. Aku tetap peminat Juventus, dan terus menyokong Inter. Membina semula Juventus ternyata berat tetapi dilakukan dengan agak rapi oleh Luigi Del Neri. Leonardo pula adalah harapan baru kepada skuad orang-orang tua Inter Milan. Cuma seperti biasa aku hanya mampu melongo setiap kali derby d' italia berlangsung. Tidak dilupa, aku juga menyokong Arsenal dan pasukan yang dilatih oleh Jose Mourinho.


TOP FORM

Ibarat pemain bola, form adalah antara perkara terpenting untuk perform. Aku mengharapkan blessings daripada Allah semoga aku sentiasa berada dalam top form sepanjang tahun akhir di sekolah perubatan ini. Ternyata sepanjang 5 tahun di sekolah perubatan ini aku belum pernah berada pada top form. Mangkok.
Aku harapkan sokongan dan doa kalian untuk aku berjaya menjadi seorang doktor.
Doakan aku.




2 comments:

Anonymous said...

*gaya bahasa yg sgt tinggi*
*hampir sukar utk dimengerti*

teruskan menulis en.learner=)

jumb0 Gem0k said...

encik learning....