Jan 18, 2011

MALAS


Aku memahami Nobita sebagai Ikon Pemalas

Kebanyakan, jika tidak semua, perkara di dunia ini secara semulajadinya bersifat bergerak ke hadapan. Contohnya, masa. Masa sentiasa bergerak ke hadapan, dan masa itu adalah kehidupan. Hidup pula salah satu maksudnya ialah belajar. Maka, sebagai rumus:

HIDUP = BELAJAR = MAJU

Namun, dalam konteks kita sebagai manusia, belum terdapat jaminan untuk kita maju, kerana kita punya 'kuasa' untuk memilih sama ada untuk maju ataupun tidak. Kuasa itu datangnya daripada hati, yang dijelaskan di dalam hadith Rasulullah sebagai 'seketul daging'; jika 'daging' itu baik maka baiklah kita dan sebaliknya.

MALAS = VIRUS

Sudah jelas bahawa sikap malas adalah ibu kepada segala kemunduran. Menangani dan merubahnya bukanlah mudah. Segalanya juga bermula dengan hati. Janganlah dilupa bahawa kita dikurniai akal untuk berfikir, dan akal itu fungsinya untuk mengimbangi nafsu yang selalunya menodai hati. Akal yang sihat akan selalu mempersoal tindakan nafsu.

Semakin bertambah kemalasan, semakin tumpul akal

Pattern of bad habits = Mudah dan Seronok dilakukan tetapi sukar ditinggalkan.
Demikianlah juga dengan sikap malas, yang jelasnya jika tidak dibendung akan melemahkan akal. Kita tidak akan kritikal di dalam berfikir, kurang kreativiti dan melemahkan memori.

SEMANGAT ADALAH ANTI-VIRUS

Semangat adalah trigger utama untuk akal berfungsi dengan baik dalam menangani malas. Cuma di mana harus trigger itu dicari?
  • Kita tidak keseorangan. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
  • Seorang manusia menjadi kuat kerana manusia-manusia lain disekelilingnya. Erti sahabat ialah insan yang memperingatkan ketika senang, memperbetulkan ketika 'hilang', menenangkan ketika malang.
  • Tafakuri sekeliling. Terlalu banyak contoh yang boleh membangkitkan. Jangan dilupa bahawa pelajaran kadangkala datangnya daripada seorang anak kecil, mahupun seekor kucing.
****

TUHAN MENDIDIK HAMBA-HAMBANYA

Kadangkala kita tidak menyangka bahawa setelah sifat malas digantikan dengan segala kesungguhan, kita ketemu akan kegagalan mahupun rintangan yang mematahkan semangat perjuangan. Janganlah sesekali kita berhenti dan kembali kepada 'kegelapan' kerana di sana terlalu banyak perkara yang tidak terjangkau oleh akal sebagai bukti kekerdilan kita. Ingatlah bahawa:
  • Kejatuhan adalah pelajaran, melainkan jika kita yang menginginkannya untuk menjadi sebaliknya.
  • Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menyokong dan menasihati, serta menyubur ketakutan kepada Tuhan.
  • 'Quality Assurance' adalah sebahagian daripada Islam. Muhasabah dan sentiasalah bertaubat.
  • Allah punya cara yang unik untuk menunjukkan kasih sayangnya.
********

Kita adalah sebaik-baik kejadian.
Kita adalah khalifah dan kita juga adalah hamba.
Kita punya pilihan untuk terbang atau berlari atau berhenti.

Selagi kita menyedari hakikat sebagai seorang hamba Allah,
kita akan punya kekuatan untuk maju dan berjaya.





3 comments:

AyA ChaN said...

Terdapat 1 analogi yg terlintas di fikiran, kemalasan dan juga kerajinan umpama sahabat yang kurang baik dan sahabat yang baik.

Adakala kemalasan menjadikan kita seorang yang rajin, Contohnya, kemalasan melakukan kejahatan, malah menjadikan kita seorang hamba yang rajin mengingatkan diri dengan Maha Pencipta, Allah SWT. :)

Bagi yg masih perlu menelaah semua 'kebukuan', silalah jauhi kemalasan untuk mendekati mereka. Itu adalah sahabat yang paling membantu. :)

Nice tazkirah! Keep it up. Continue updating!

Anonymous said...

Semoga Allah melindungimu walau dimana pun kamu berada, sahabatku. Allah sentiasa ada bersamamu. Doa kami di sini tidak akan putus buat mu dan yang lain. Jangan gentar, ALLAH sentiasa ada bersama hambaNYA yg taat kepadaNYA.

celotehari2 said...

hye doc learner!blog ni bgus,,entry ni mgigtkn aku ttg pentingnye belaja..aku pon tgh malas2 ni...updet ar salu ye..nnt sy jenguk2 lg k~haha