Apr 1, 2008

Iktibar daripada Syai Bil Haleb.....

Sejak menjadi medical student, saya menjadi peminum Syai (tea) yang kronik. Entah apa faktornya, mungkin lantaran Milo tiada di sini. Kebetulan pula masyarakat Arab sangat suka meminum Syai walaupun di bawah pancaran cahaya matahari pada musim panas.

Semalam, ketika saya terfikir untuk menulis entri ini, saya sedang menikmati Syai Bil Haleb (=teh susu) di ahwah (=kedai minuman) berdekatan rumah saya. Memang ahwah ini merupakan ahwah kegemaran kami; sama ada untuk menonton match bola, study ataupun sekadar melepak untuk minum petang. Apa yang menarik adalah rasa Syai bil halebnya yang jauh lebih sedap berbanding dengan ahwah yang lain. Cuma apa yang typical bagi kebanyakan ahwah di Cairo, Segelas Air mesti dihidangkan dihidangkan menemani Syai Bil Haleb ini. Faedahnya mungkin untuk deal dengan Osmotic Pressure yang terubah dek Syai bil Haleb ini.

Namun dari satu segi apa yang menarik adalah tentang iktibar daripada Syai bil haleb ini. Di sebalik pembuatannya yang simple tetapi kadang2 rumit itu tersimpan akan iktibar yang perlu dijadikan pengararan.

Umumnya, dalam Syai bil haleb itu wujud TEAM WORK yang bagus.
Team ini terdiri daripada Air, gula, teh, susu/creamer dan kadang2 ais. Kalau tidak wujud salah satu (kecuali ais) tidak akan menghasilkan syai bil haleb. Mungkin Syai biasa saja.
Dari satu segi, kalau salah satu daripada komponen itu terlebih, tidak akan menghasilkan kelazatan yang diidamkan. Contoh; terlebih gula= terlalu manis. Air terlebih = terlalu cair.

Maka, iktibar yang dimaksudkan amat jelas. Work as a team. Pinggirkan sikap nafsi-nafsi. Bekerjalah untuk kebaikan bersama, bukan untuk menunjukkan siapa yang paling power. Jika ini berlaku, jadilah kita seperti Syai bil haleb yang cair atau terlalu manis itu. Gula yang terlalu banyak telah menjejaskan kualiti syai bil haleb tersebut.
Team di sini boleh juga merujuk kepada komuniti kita. Setiap diri kita bertanggungjawab untuk menjaga sahabat-sahabat di sekeliling kita.

Tiada manfaatnya jika di dalam komuniti kita terdapat seorang yang hebat yang tidak pernah berusaha menjadikan sahabatnya hebat. Tiada manfaatnya jika di dalam komuniti kita terdapat seorang yang hebat tetapi sahabat2nya yang lain tidak berusaha untuk menjadi hebat sepertinya. Tolong menolonglah ke arah kebajikan dan ketaqwaan bukan terhadap dosa dan permusuhan. Allahu a3lam.





No comments: